Rabu, 29 Oktober 2008

Gadis Melayu Idaman Jejaka Lombok


Kisah anak gadis Melayu dilarikan oleh petualang dari Lombok seakan tidak berpenghujung. Selepas satu kes selesai timbul pula kes baru. Sampai bila dilema ini akan berakhir.

kenapa perkara ini berlaku? Pertamanya kerana ia menjadi satu budaya masyarakat Lombok , Setiap lelaki akan menjadi kebanggaan masyarakat seandainya berjaya membawa anak gadis dari luar untuk dijadikan sebagai isteri. Ini sama seperti masyarakat Iban yang berbangga dengan sikap anak muda yang berjaya membawa balik kepala yang berjaya dipenggalnya.

Ibubapa di Malaysia yang mempunyai anak gadis belasan tahun hendaklah sentiasa mengawasi gerak-geri anak gadis, sekiranya ada petanda-petanda seperti angau tak ketahuan, siasat segera dan jangan sampai anak hilang dari jagaan.