Selasa, 28 Oktober 2008

Kekecohan dalam Persidangan adalah perkara biasa.


Jangan kita terkejut atau menempelak apabila melihat suasana panas dalam mesyuarat Agung atau persidangan Agung Tahunan. Kepanasan dan kehangatan adalah perkara biasa di mana-mana pun.

Mesyuarat sukan, koperasi dan kelab-kelab rekreasi pun tak akan terlepas dari keadaan sedemikian.

Mesyuarat Agung UMNO lah yang paling besar maknanya berbanding mesyuarat-mesyuarat badan-badan NGO yang lain. Ini kerana melibatkan pucuk pimpinan 3 tahun sekali. Mesyuarata sebelum ini memang cool dan tenang kerana yang hadir bukanlah team yang kaw-kaw.

Dalam persidangan Bahagian Umno 3 tahun sekali ini memang panas kerana yang mewakili cawangan adalah otai-otai atau pun geng keras kepala. Mereka ini tak boleh lihat kelemahan dan kecacatan perjalanan mesyuarat. Awal-awal lagi mereka akan bangun bersuara. Apa lagi apabila membahasakan usul. dan semasa menjalankan proses mengundi.

Dalam proses mengundi ada pihak yang mahu secara anggkat tangan dan ada yang mahu secara sulit. Bab beginipun boleh membawa pertengkaran( mesyuarat Cawangan, Mesyurata bahagian wajib dibuat secara sulit)

Pihak yang hendak menang akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan kemenangan mereka. Adakan sehingga menipu dalam proses pengiraan, yang kalah diisytihar menang dan yang menang dinafikan. Ini berlaku dalam persidangan pemuda. Penulis pernah mengalami keadaan begini.

Walaupun wujud wakil bahagian lain yang hadir ke persidangan namum masih tidak telus kalau mereka sudah kawtem awal-awal lagi. Tambahan pula jika tiada wakil calon. Biasanya untuk jawatan no 1 memang ada wakil calon tetapi untuk jawatan Ajk ia menjadi terlalu rahsia dan sulit. calon yang bertanding hanya menerima keputusan muktamad. Entah benar entah tidak.

Seeloknya pada setiap proses pengirangan mesti ada seorang BPR. baru telus.