Bermula hari Jumaat Suasana di Kamunting dan Taiping sudah mula sesak dengan kenderaan, dan pada hari raya pertama sehingga hari ini Sabtu keadaan jalan-jalan bertambah sesak kerana masing-masing keluar untuk menziarah kaum keluarga dan sahabat handai.
Hampir seminggu penulis tidak mengunakan kereta untuk ke kedai, sebaliknya lebih cepat dengan bermotosikal sahaja.
Berpuasa dan berhari raya juga satu ibadah, tetapi penulis perhatikan ramai yang memandu kereta bersikap tidak sabar dan terburu-buru. Potong sebelah kiri untuk cepat sampai. Ini berlaku di kawasan Kamunting yang sesak teruk.
Sikap memotong dan tergesa-gesa ini bertentangkan dengan sifat sabar yang dianjurkan oleh agama Islam. Banyak kemalangan kecil seperti langgar belakang kereta lain berlaku gara-gara cara pemanduan yang tidak sopan.
Sebulan boleh menahan lapar dan dahaga tetapi bila pegang stereng kereta tidak tahan sabar dan memandu secara jijik dan kotor. Hilang pahala ibadah berhari raya.
Selain dari pemanduan yang tidak berhemah , penulis juga tertarik dengan pelekat-pelekat kereta yang berbagai ragam melambangkan keperibadian si pemandu. Pemandu muda ramai yang melambangkan diri mereka seperti superman yang memandu supercar. Padahal kereta cuma jenama Malaysia yang tak supercar.
Yang berciri ustaz pun ramai, dengan sticker bulan hijau dan ada lekat gambar nik azizi pada plat nombor . ada letak gambar anuar ibrahim , ada pelakat. 'Bersamalah dengan Pakatan Rakyat' , ada bertulis, ' Sokong Islam anda selamat' " Islam dulu, kini dan selamanya" dan banyak lagii.
Lantaklah depa ynak tempek apa pun. tapi yang jelas apa yang mereka buat akan melambangkan personaliti masing-masing.
Kalau kereta mereka kosong dan bersih kita tahu siapa mereka. Bagaimana personaliti mereka.
Kata Nabil. "Lu pikir lah sendiri"