Sabtu, 4 Oktober 2008

UMNO CUBA DIMUSNAHKAN OLEH KOMPONEN BN

Usaha untuk mewujudkan satu parti oleh setengah komponen BN saperti PPP merupakan satu cadangan dari orang yang kurang popular. PPP bukan parti besar dan sebagai usaha untuk mengumpul sokongan orang India dia mencadangkan satu parti.

Kalau PPP dan MIC sendiri sukar untuk bergabung macam mana UMNO nak bergabung dengan PPP dan PPP kena buktikan dahulu supaya orang melayu dalam PPP menyertai UMNO terlebih dahulu. dan orang india menyertai MIC semula.

Kuburkan PPP terlebih dahulu sebelum PPP menguburkan UMNO.

Hari ini Pas menyeru semua orang Islam supaya menyertai Pas. Kenapa Pas menyeru sebegitu rupa? ini kerana sokongan terhadap Pas semakin berkurangan kerana Pas telah mencabul peraturan dan objektif penubuhan Pas.

Hanya budak-budak baru yang menyokong Pas, sebaliknya golongan veteran yang sudah lama dalam Pas sudah mulai berasa bosan dengan Pas yang cakap lain , buat lain. Orang kampung sudah tertipu dengan pembohongan Pas dan mereka berjanji untuk tidak lagi mengundi bagi pihak Pas yang menipu pengundi dengan bersahabat dengan Dap.