Sabtu, 25 Oktober 2008

Kaedah dakwah lebih baik – Jakim

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lebih selesa menggunakan pendekatan dakwah berbanding menghukum golongan pengkid walaupun kelakuan mereka itu sudah difatwakan sebagai haram.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, tindakan undang-undang terhadap golongan itu masih boleh diambil di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

“Kami tidak fokus kepada penguatkuasaan sebaliknya lebih senang menangani gejala sosial seperti ini melalui pendekatan dakwah dan pendidikan.

“Mereka ini anak-anak kita dan kami tidak mahu menghukum mereka seperti penjenayah. Mereka ini perlu diselamatkan dan jalan terbaik ialah melalui penerapan nilai-nilai agama,’’ katanya dihubungi semalam.

Wan Mohamad mengulas mengenai tindakan penguatkuasaan yang mungkin diambil terhadap golongan tersebut selepas Majlis Fatwa Kebangsaan kelmarin membuat ketetapan budaya pengkid itu adalah haram.

==============================================================

Komen:

Ibubapa patut dipersalahkan dalam soal Pengkid ini. Ibubapa membiarkan anak-anak hanyut dengan budaya ini. Mereka merelakan anak-anak mereka berpakaian seperti lelaki dan berambut pendek ala lelaki jepun dan cina.

Saya pernah menghadiri satu majlis pertunangan, dan rombongan pihak lelaki datang bersama beberapa orang pengkid yang usianya masih belasan tahun. Salah seorang daripadanya duduk bersebelahan dengan saya sehingga bersentuhan lutut, pada mula tidak disedari akan kejadian tersebut. bila di teliti ternyata dia adalah pengkid.

Dalam majlis rasmi begitu sepatutnya semua yang hadir hendaklah berpakaian yang sesuai dengan majlis. tetapi budak-budak itu kekal dgn kemeja dan jean. dari jauh sekali pandang memang lelaki. Kenapa ibubapa mereka membiarkan anak-anak mereka berpakaian sedemikian?

Sekarang gejala pengkid semakin merebak. nak salah siapa , kalau bukan ibubapa.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.