Sabtu, 25 Oktober 2008

Masalah di IPT

Kebanyakan pelajar yang datang ke Universiti akan membawa budaya kehidupan mereka ke dalam kampus.

Melayu dengan cara melayu kampung dan melayu bandar, Cina pun sama, Typical kampung chinese dan urban and modern chinese, India tak ada masalah cuma mereka berbeza dari segi kasta sahaja, cuma majority dari kasta rendah. Kasta tinggi yang menggunakan nama awal seperti Lal agak sedikit. tetapi ternyata mereka boleh bekerja sama.

Melayu pula akan membawa budaya kenegerian dan budaya politik. Melayulah yang paling kronik di IPT. itu belum dicampur dengan bumiputra dari suku kaum asli dan sukukaum dari Sabah dan Sarawak.

Hari ini pengaruh parti politik pembangkang menebal dalam jiwa pelajar kerana mereka datang dari kumpulan ibubapa yang menyokong parti Pas, Pkr dan lain-lain parti. Tidak haiaran jika bakal-bakal guru di UPSI memilih perwakilan yang pro Pas dan Pkr.

Mereka lupa bahawa ibubapa mereka juga hidup senang lenang kerana kerajaan BN. Kalau berdebat dengan mereka pun mereka akan tetap mempertahankan ideology ibubapa mereka.

Di sini juga telah berlaku kesilapan kepada KJ dalam Pru 12 yang lalu.

Bahkan dari sekolah berasrama penuh idealogy Pas telah menebal. Murid-murid dalam Tingkatan 4 dan 5 pun sudah pandai berhujah mengenai parti dokongan ibubapa mereka.

Mereka ni langsung tak ada rasa terima kasih kepada Bn yang telah memberi segala-gala kemudahan kepada mereka , yang betul ialah Pas, Umno tak akan betull..

Bila dah keluar U, dapat kerja dengan kerajaan , boleh berbini dan berkereta besar , parti pembangkang juga pilihan mereka. Bila hari raya mereka balik kampung dan melekatkan idola mereka di belakang kereta mereka. seperti yang saya tulis pada post yang lalu.