Sabtu, 25 Oktober 2008

5 bulan yang meletihkan

Sudah sah dan tidak boleh dipinda lagi tarikh Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung Mac depan.

Ini bererti masih ada 4 bulan lagi dan masa inilah akan digunakan untuk berkempen. Dalam tempoh ini berbagai perjumpaan akan diadakan samada di KL atau luar.

Maka yang akan bertanding akan kerap keluar kawasan untuk berjumpa dengan G7 dari seluruh negara kecuali Sarawak.

Yang memegang folio menteri akan lebih kerap membuat lawatan rasmi ke negeri-negeri atau daerah kecil untuk melawat jabatan masing-masing.

Yang tak ada jabatan, pandai-pandai lah mencari ruang untuk melawat G7. Menteri Besar agak rugi lah kerana hanya mampu melawat daerah-daerah dalam jajahan negeri sahaja. Yang beruntung ialah menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri