Isnin, 27 Oktober 2008

Rumah terbuka Ezam

Tahniah kepada Ezam yang telah berjaya mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya. Dari album yang terdapat dalam blog, memang ramai yang hadir, tanpa mengira fahaman politik.

Lupakan seketika bab politik dan sama-sama kita beramah mesra dalam majlis yang baik. Nasib baik tiada gangguan dari puak Hindraf,

Saya juga mengucapkan terima kasih atas jemputan , tetapi mohon maaf banyak-banyak kerana tak dapat hadir. Insyaallah di lain masa jika ada jemputan saya akan datang. Meriah dapat lihat rakan-rakan bloggers dapat berjumpa dan berbual mesra.