Ahad, 2 November 2008

Cakap MB Perak yang gagal

IPOH 1 Nov. – Kerajaan Perak yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah membincangkan sebarang usaha pelaksanaan undang-undang Islam bagi membendung gejala judi dan maksiat membabitkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana sudah ada agensi serta institusi tertentu seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk menangani masalah itu.

Beliau berkata, sebarang perbincangan ke arah itu oleh kerajaan negeri memerlukan satu kajian terlebih dahulu kerana masalah tersebut turut melibatkan orang bukan Islam.

‘‘Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menutup pusat-pusat hiburan dan kedai judi kerana kita kena ingat Perak juga mempunyai kaum-kaum lain.

‘‘Di Punjab, Pakistan yang penduduknya hampir 100 peratus Islam pun susah untuk melaksanakan, inikan pula di Perak yang mempunyai pelbagai kaum dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima’ Persatuan Agama Islam Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Malaysia Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada Kerajaan Perak mempunyai sebarang perancangan untuk menangani gejala maksiat membabitkan orang Islam yang berleluasa di negeri ini.

komen:
Hari ini orang Pas yang lantang bersuara sebelum PRU 12 hari ini semua sepi dan mendiamkan diri kerana cakap dan idea mereka tidak dapat dilaksanakan. Berbagai alasan diberi.

Kalau dahulu menuduh pilih BN , barang akan naik, pilih BN maksiat naik, jenayah meningkat dan macam2 lagi.

Hari ini ibarat meludah ke langit jatuh ke batang hidung sendiri kerana makin bertambah-tambah segala macam kejadian.