Isnin, 17 November 2008

Cameron Highlland oh Cameron Highland





Kelmarin Ahad penulis buat pertama kali menunggang menunggang motosikal ke sana. Setelah memilikinya hampir 8 tahun dan setelah menjelajah hampir keseluruh negara dan Selatan Thai semalam ke sana setelah 2 tahun.

Sampai di sana penulis menikmati minuman teh di Cameron Valley, segelas 3 ringgit. Penulis terus menyusur jalan-jalan sempit sehingga Berincang. Hajat untuk ke Ringlet dibatalkan kerana hujan lebat.

Sempat juga penulis berbual dengan seorang biker bukan motor tapi penunggang basikal lumba. Dia seorang remaja cina dari Ipoh. Difahamkan 50 kaki kaki basikal lumba dari Ipoh dan Penang mendaki ke sana. Penulis juga peminat basikal racing dan MTB. Biasalah kalau berjumpa geng basikal atau motor besar kami akan sentiasa bertukar-tukar cerita.

Selepas hujan reda penulis terus ke stesen kajian Mardi. Tiket 3 ringgit dikenakan untuk dewasa. Ia amat berfaedah kepada pengunjung, tetapi terpulangkan kepada individu. Andainya melihat seperti mata ikan gelama kering, tak ada apa yang boleh dibawa balik.

Sekiranya pengunjung melihat dengan mata hati maka banyak ilmu yang boleh dibawa balik untuk dimanfaatkan mereka.

Cameron Highland bukanlah destinasi kegemaran penulis. Begitu juga Genting Highland. Tempat yang sering penulis kunjungi tanpa jemu ialah Bukit Tinggi, Bukit Larut dan Bukit Fraser kerana di sana tidak ada pengganas-pengganas yang zalim dan kejam seperti di Cameron Highland dan Genting Highland.

Penulis mengkategorikan penanam-penamam bunga dan sayur di sana sebagai pengganas. Ini adalah kerana sikap tamak, pengotor , tidak mementingkan kesejahteraan dan keindahan.

Sakit mata melihat mereka meneroka dan menggondolkan tanah sesuka hati dan meletakkan sampah sarap, kayu, besi , baja dan lain-lain bahan ditepi-tepi jalan sesuka hati. Ini amat berbeza sekali kalau di bandingkan dengan Mardi.

Bau busuk racun dan baja kimia yang berlebihan menusuk hidung sehingga pagi ini. Persoalannya adakah tanah-tanah yang di terokai secara ganas itu mendapat izin dari pihak berkuasa.

Tanah tinggi Cameron boleh menjadi cantik seandainya pengusaha pertanian mempunyai etika dan peraturan yang di kawal selia oleh pihak berwajib, samada dari kerajaan negeri Pahang, Perak atau Kelantan. Jabatan Alam Sekitar juga dan lain-lain jabatan dari persekutuan patut mengubah imej Cameron supaya menjadi lebih indah.