Sabtu, 8 November 2008

Majlis Perdana yang mini

Kerajaan Perak anjur Solat Hajat Perdana pada 9 Nov
Johari Jaafar
Thu | Nov 06, 08 | 8:01:32 am MYT


IPOH, 6 Nov (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa mendedahkan masih terdapat pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Perak yang tidak memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri walaupun kini sudah lapan bulan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi ianya sedikit sebanyak boleh merencat hubungan antara pegawai kerajaan jabatan kerajaan dengan Kerajaan Negeri khususnya dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

"Menyedari hakikat ini Pemuda Perak mengambil langkah untuk menyelamat kan Kerajaan Negeri dengan mengadakan solat hajat perdana khusus untuk memohon pertolongan dari Allah agar terbuka hati pegawai pegawai kerajaan tersebut untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri,"katanya dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily di sini semalam.

"Solat hajat perdana itu akan dilangsungkan pada 9 November ini di Mini Stadium Manjoi, ianya dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan selepas solat isya' kita adakan solat hajat perdana dan di akhir dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh pimpinan PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang dan Menteri Besar Perak,"jelasnya.

Serentak dengan itu juga akan dilancarkan Tabung Pembinaan Kompleks PAS Perak bagi mencari dana untuk membina sebuah kompleks PAS Perak yang lengkap seperti mana Kompleks Pusat Tarbiah PAS Kelantan (PUTIK).

"Sudah sampai masanya kompleks seumpama itu diwujudkan di negeri ini, kerana itu Pemuda Perak mengambil inisiatif melancarkan tabung pembinaan Kompleks PAS Perak," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa seluruh ahli PAS hadir di majlis solat hajat perdana serentak dengan pelancaran tabung pembinaan Kompleks PAS Negeri Perak. - mks._

TM Note

Kasihan kepada kerajaan negeri Perak. Ingatkan mendapat sokongan 100%. Dulu kata seluruh jentera kerajaan negeri memberi sokongan dan kerjasama yang baik, hari ini sudah lain pula. Mesti ada kelemahan yang tidak boleh di turut oleh kakitangan kerajaan negeri.

Atau mereka sudah bosan dengan sandiwara Pas dan Dap serta Pkr di Perak yang merugikan rakyat. Mesti ada sebab yang kukuh kenapa jadi begitu..

Lawaknya ialah majlis perdana tetapi kenapa buat di tempat yang mini. kenapa tak buat di stadium bola. Jemput lah 100 ribu orang hadir. Ustaz Lim anak beranak sudah tentu akan hadir untuk menyampai kan ucap utama ataupun menjadi Imam.