Sabtu, 1 November 2008

Malaysia akan menjadi Andalusia jika dibiarkan.

Malaysia sebuah negara yang merdeka baru mencapai usia 51 tahun. Untuk jangka hayat manusia ia sudah cukup dewasa tetapi untuk sebuah negara ia baru nak bernyawa. Masih jauh untuk menjadi dewasa.

Andalusia merupakan sebuah empayar Islam sejak 711 masehi. Pemerintahan Islam hanya kekal lebih kurang 700 tahun sahaja. Selepas itu ia jatuh ke tangan pemerintahan kristian. Umat Islam diburu dan dibunuh. Ramai yang menjadi pelarian ke negara lain untuk terus hidup.

Kenapa Andalusia runtuh? Jawabnya ialah perebutan kuasa pemerintahan oleh pemimpin Islam. Apabila Kritian campur tangan dan mendapat bantuan sebahagian pemimpin Islam akhirnya berjaya meruntuhkan sebuah empayar Islam yang terkenal sebagai pusat ilmu bidang astronomi, perubatan, falsafah dan metamatik.

Akhirnya orang Islam yang membantu puak-puak Kristian itu sendiri diburu dan dibunuh oleh mereka. Hari ini keadaan yang sama telah berlaku di negara ini. Di mana pemimpin Islam yang mengangkat diri mereka berjuang atas nama Islam telah terang-terang bersekongkol dengan musuh Islam.