Rabu, 5 November 2008

Zaid Ibrahim dan Ketuanan Melayu

Bermula dengan isu ISA dan terkini isu ketuanan Melayu. Zaid dilihat sebagai penderhaka Melayu kerana mempertikaikan ketuanan Melayu. Nak dikatakan tak tahu sejarah , amat mustahil bagi seorang peguam.

Singapura sebagai contoh, adalah milik Kesultanan Melayu, akibat imigrasi yang melampau-lampau akhirnya ketuanan Melayu terhakis akibat kuasa politik yang dimonopoli oleh kaum pendatang. Cina menjadi tuan walaupun ketuanan cina tidak disebut.

Ketuanan Melayu terhapus, waris kesultanan Melayu diusir dan istana dijadikan galeri. Hari ini yang ada ialah Kesultanan Raja Lee Kuan Yew yang memerintah secara dinasti.

Zaid mendapat anugerah Datuk pun kerana Ketuanan Melayu. Masih siumankah minda Zaid sewaktu bercakap isu negara atau masih dibuai oleh khayalan-khayalan dunia.

Anak Melayu menjadi peguam, akauntan, doktor , profesor bukan kerana mereka Melayu dan angkuh dengan ketuanan Melayu tetapi kerana mereka berusaha dan kadangkala lebih baik dari pelajar India dan Cina.

Hakim besar Malaya bukan kerana Ketuanan Melayu tetapi kerana ketinggian ilmunya. Begitu juga dengan hal hakim besar Borneo yang bukan dari kaum Melayu.

Ketuanan Melayu bukan untuk menjadikan Melayu angkuh dan bongkak. Inilah satu-satunya negeri kita dan warisan nenek moyang kita yang kita warisi sihingga hari ini.

Kita tidak mahu menjadi seperti rakyat dan kesultanan Melayu Pattani di Selatan Thai yang kehilangan segala-galanya, begitu juga dengan Kesultanan Melayu Filipina yang musnah dan umat Islam di Manila hilang identiti Melayu dan keislamannya.

Andalusia 700 tahun dibawah kerajaan Umaiyyah akhirnya menerima nasib yang sama. Terkini Palestine.

Pada pandangan penulis, ancaman utama ialah bukan kerana istilah Melayu yang kita pakai tetapi lebih kepada Islam. Malaysia perlu dibebaskan dari pengaruh Islam. Itulah agenda mereka.