Selasa, 2 Disember 2008

HANYA WUJUDKAN SATU JENIS SAHAJA SEKOLAH DI MALAYSIA.

Untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berbahasa Malaysia , sekolah-sekolah SRJK(T) dan SRJK (C) serta sekolah-sekolah menengah dan sekolah tinggi cina perlulah di kebangsaankan.

Dengan kata lain dihapuskan terus sekolah jenis perkauman ini. Fahaman kuno zaman penjajahan yang terdapat dalam minda pemimpin cina dan india perlu di ubah. Budaya pecah dan perintah yang diwujudkan penjajah perlu diketepikan sekarang.

Satu penjenamaan semula perlu dibuat. Penyata Najib 2009 perlu di lakukan. Kalau dahulu kita ada penyata Barnes-Fenn wu 1950, Penyata Razak 1956 Rahman Talib 1960 , Akta Pelajaran dan kini satu penyata baru perlu digubal.

Saya pernah bertemu dengan ramai guru-guru sekolah T dan C ini. Mereka yang terdiri dan kaum cina dan india tidak menghantar anak mereka ke sekolah T dan C ini, sebaliknya mereka lebih selesa menghantar anak mereka ke SRK atau sekolah mission kerana anggapan mereka anak mereka akan lebih terbuka pemikirannya. Sekolah tersebut ialah seperti St George, Methodist, Convent dan sebagainya.

Hari ini sekolah mission ini sikit sebanyak telah menjadi sekolah kebangsaan dengan semua subjek diajar seperti sekolah kebangsaan.

Kerajaan telah berusaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan supaya ia menjadi pilihan ibubapa pelbagai kaum. Usaha ini kurang berhasil setakat ini.

Di Taiping sekolah-sekolah rendah kebangsaan hanya terdapat murid melayu, india dan lain-lain keturunan seperti pakistan, punjabi dan siam, murid cina tetap ke SRJK(C) dan sedikit di sekolah mission. Itu pun kerana ibubapa mereka adalah bekas pelajar sekolah misson.

SRJK(T) pula terletak di ladang-ladang getah dan di sinilah berhimpunnya murid-murid dari kaum india.

Di Taiping terdapat sebuah sekolah tamil yang lokasinya di dalam bandar iaitu SRJK(T) YMHA dan sebuah lagi di Kg Expo Kamunting. SRJKT Kamunting dahulu menumpang di tanah tentera di Jalan Kelian Pauh. Sekolah ini sepatutnya di tutup terus dan bukan diganti baru. Hari ini tak pasal-pasal terdapat sebuah sekolah tamil yang besar di kampung tersebut dengan murid yang sedikit.

Mujurlah tidak terdapat sekolah menengah tamil di Malaysia, ini kerana dari sudut sejarah , orang India hanya mahukan anak mereka mendapat pendidikan awal dalam kurikulum india dan satu lagi ialah mereka tidak berkemampuan untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah tamil.

Begitu juga sekolah menengah dan sekolah tinggi cina, hanya wujud di bandar-bandar besar. Di pekan-pekan kecil anak-anak cina ke sekolah menengah kebangsaan juga kerana terpaksa.

Paling pelik sekali hari ini terdapat sekolah rendah cina yang hampir tiada murid tetapi masih dikekalkan.

Pernah disiarkan sebuah sekolah rendah cina hanya mempunyai 1 guru besar, 1 guru penolong dan 1 murid india.

Banyak lagi sekolah jenis ini yang hanya bergantung kepada murid melayu dan india untuk hidup.

Ini semua kerana politik parti cina yang berdegil dan enggan menutup sekolah tersebut.