Sabtu, 24 Januari 2009

Doa Kita

From: "naasiha"

Assalaamu`alaikum warahmatullah

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati ALLAH

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH saya telah dapat menyelesaikan terjemahan ucapan pemimpin Hamas, Ismail Haniyyah yang ditujukan kepada penduduk Ghozzah ( Gaza ) dan juga kepada pengganas Zionis.Ucapannya sangat-sangat menyayat hati, ada ketika ucapannya penuh dengan semangat. Bagi yang dapat memahami bahasa Arab sila cari
ucapannya di youtube, pasti anda akan dapat menghayati dengan penuh semangat.Membaca terjemahan ucapan dalam bahasa melayu tidak sama dengan mendengar dalam bahasa Arab. Itulah dia keistimewaan bahasa Arab yang tidak ada dalam bahasa yang lain.

Begitu tinggi semangat juang yang ditunjukkan oleh para Mujahidin. Mereka tidak rela tanah air mereka dijajah oleh pengganas Yahudi. Mereka akan tetap mempertahankan Bumi yang diberkati ini dengan darah dan nyawa.

Diakhir ucapannya beliau telah berdoa. Kita boleh menmbaca doa ini dan sama-sama kita berdoa agar ALLAH memberikan kemenangan kepada umat Islam di Ghozzah (Gaza), Palestine dan diseluruh dunia. Semalam pihak Zionis Yahudi menghentikan serangan dan mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak. Pada pandangan saya ini satu lagi
kurniaan ALLAH , pihak Yahudi tak mampu menghapuskan HAMAS kerana Hamas berperang kerana ALLAH. Pada tahun 1967 Yahudi telah berperang dengan Jordan, Syria dan Mesir. Yahudi telah menang dalam peperangan. Dengan itu Baitul maqdis Timur yang didalamnya termasuk Al Masjidil Aqsa telah dirampas sepenuhnya oleh Yahudi. Begitu juga Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Mesir telah kehilangan semenanjung Sinai dan
Syria kehilangan Bukit Golan. Perlu diingat perang ini hanya 6 hari sahaja tetapi Yahudi telah menang.

Serangan Yahudi ke atas Ghozzah ( Gaza) selama 22 hari tetapi Yahudi tak dapat kalahkan Hamas, ramai tenteranya mampus dan ramai yang cedera parah tapi tak disiarkan. Yahudi memang tak mahu rakyatnya mati kerana nyawa bangsa mereka sangat mahal sekali mengikut kepercayaan agama mereka..

Kini , sudah ramai penduduk Ghozzah dan pejuang HAMAS yang syahid, syurga menanti mereka. Kita pula bagaimana??? Marilah sama-sama kita menghayati ucapan pemimpin HAMAS kepada pejuang dan penduduk Ghozzah ( GAZA).

Dari saudaramu Sesama Islam

http://almadanii.multiply.com
(QLD UIAM)

Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sesungguhnya telah terjadi sekarang mukjizat dari mukjizat2 yang diberi oleh TUHAN kami Subhanahuu wataala,apa yang berlaku sekarang sebahagian dari mukjizat2 yang diberi oleh ALLAH kepada penduduk Ghazzah (Gaza) dari kalangan anak2 kami, isteri2 kami, pemuda2 kami. Ia adalah satu tanda dari tanda2 kekuasaan ALLAH.

ALLAH Subhanahu wataala berfirman :
قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ
يَرَوْنَهُمْ مِثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ وَاللَّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَنْ يَشَاءُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لأُوْلِي
الأَبْصَارِ (13)
Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur dalam peperangan Badar). Satu golongan berperang di jalan ALLAH dan (satu golongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. ALLAH menguatkan dengan bantuan-NYA siapa yang
dikehendaki-NYA. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati " ( Surah Aali
`Imran : 13 )

Tiada lah berlaku mukjizat kecuali ALLAH yang mengurniakannya, tiadalah berlaku satu tanda dari tanda2 kekuasaan ALLAH Subhanahu wataala yang mana pada hari2 ini bangsa Palestine kita yang hidup dalam lingkungan peta geografi yang sempit ini menanggung semua kesengsaraan dan pembunuhan . Namun begitu mereka tetap berada di medan peperangan dengan penuh kesabaran, keberanian tanpa dapat menggoyangkan pendirian mereka dengan semangat yang sangat tinggi seperti tingginya bukit2 di palestine .

Ini semuanya sungguh2 sebahagian dari tanda2 kekuasaan ALLAH. Ini adalah mukjizah yang dianugerahkan sungguh pun kami berada di peringkat yang kritikal yang dihadapi oleh bangsa palesttine kita. Semua rumah dan semua yang inginkan kebebesan didunia ini menjadi saksi keberanian mereka, WALLAAHI , meskipun disebalik kecederaan,
kepedihan , darah, meskipun runtuhnya rumah2, musnahnya pokok2, meskipun bom2 fosfor yang digugurkan , meskipun ribuan letupan yang dahsyat yang bertan2 beratnya disasarkan kearah bumi Ghazzah siang dan malam tetapi Wallaahi sungguh2 kami dapat merasakan mukjizat. kami dapat merasakan pertolongan ALLAH, bantuan ALLAH Subhanahu wataala ketika ALLAH mewahyukan kepada malaikat dengan firmanNYA :
إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ
الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ (12) ذلك
بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِقْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (13)
" (Ingatlah!) ketika TUHAN MU telah mewahyukan kepada para Malaikat :
Sesungguhnya AKU bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman. Kelak akan AKU campakkan perasaan takut kedalam hati orang-orang kafir, maka penggal lah kepala mereka dan pancunglah setiap hujung jari mereka * ( ketentuan) yang demikian itu adalah kerana mereka telah menentang ALLAH dan rasul NYA. Maka barangsiapa yang menentang ALLAH dan rasul NYA , maka sesungguhnya
ALLAH amat keras siksaan NYA. " ( Surah Al Anfal 12-13).

Dengan itu Wallahi, kami di Ghazzah dan aku ingin bicara dengan nama semua penduduk kami, dengan nama semua yang berpuasa hari ini pada waktu fajar esok pertolongan ALLAH akan tiba dengan izin NYA .

Aku katakan bahawa wallaahi sungguh2 seolah-olah kami dapat merasakan tanda2 kekuasaan ALLAH keatas kami dan Quran ALLAH turun keatas kami setiap hari dan setiap detik . Hati2 kami dapat menyaksikan firman ALLAH :
الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُوا
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (173) فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنْ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ
وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ (174) إِنَّمَا ذَلِكُمْ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ
أَوْلِيَاءَهُ فَلا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِي إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (175)
" (Iaitu) golongan (yang mentaati ALLAH dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia (tentera kafir Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu (beringatlah), kerana itu takutlah kepada mereka (kerana kamu tidak berupaya menghadapi mereka), maka perkataan (peringatan) itu menambahkan lagi keimanan mereka (keyakinan mereka bertambah kuat terhadap janji-janji ALLAH) dan mereka menjawab : "Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung *. Maka mereka kembali dengan nikmat kurniaan (yang besar) dari ALLAH (iman mereka semakin bertambah dan musuh-musuh ALLAH menjadi semakin hina), mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan
ALLAH (dengan mentaati ALLAH dan RasulNYA). Dan ALLAH mempunyai kurniaan yang besar *. Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan penyokongnya (orang-orang musyrikin Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka (kerana sebenarnya mereka itu lemah) , tetapi takutlah kepada KU
(dengan mentaati KU), jika kamu benar-benar golongan yang beriman. (Surah Aali `Imran : 173 - 175).

" Sesungguhnya mereka itu tiada lain hanyalah Syaitan " , Syaitan paling besar dan paling kecil, syaitan manusia dan jin inilah yang menakut-nakutkan pendokong dan penyokongnya .

Ahli Ghazzah tidak takut kepada ٍ Syaitan2 ini.
Ahli ghazzah tidak lari , tidak mundur walaupun luka dan cedera , walaupun yang disayangi terbunuh , walaupun bumi Ghazzah di selubungi bom2 zionis disetiap pelusuk dan penjuru.

Sessungguhnya Wallaahi kami merasakan bahawa seolah-olah kami dapat merasakan Quran ALLAH turun keatas kami sekarang menerusi ayat berikut :
إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتْ الأَبْصَارُ وَبَلَغَتْ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ
وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَ (10) هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالاً شَدِيداً (11)
" (Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (mu) dan hatimu sesak sampai ke tenggorok (kerana hebatnya perasaan takut dan perasaan gentar pada waktu itu) * dan kamu menyangka terhadap ALLAH dengan berbagai-bagai sangkaan . Disitulah golongan mukminin diuji dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang dahsyat. " (Surah Al Ahzab : 10-11)

Tetapi dalam hati zalzalah (goncangan) ini terbahagi manusia kepada 2 puak. Satu puak mengatakan apa yang dijanjikan ALLAH dan Rasul NYA kepada kita hanyalah tipudaya sahaja.

Satu puak mengatakan :

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ
وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَاناً وَتَسْلِيماً (22)
" Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : "Inilah yang dijanjikan ALLAH dan Rasul-NYA (iaitu kemenangan sesudah mengalami kesukaran)* Dan benarlah ALLAH dan Rasul NYA * Dan Yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan tunduk patuh ( kepada ALLAH ). " (Surah Al Ahzab : 22).

Inilah dia ucapan ahli Ghazzah. Inilah dia ucapan ahli palestine.
Inilah dia ucapan ahli kebajikan dan kebaikan dari kalangan umat Arab .
وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَاناً وَتَسْلِيماً
" Tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan tunduk patuh ( kepada ALLAH ). "

Sessungguhnya Wallaahi , seolah-olah kami dapat merasakan Quran ALLAH turun keatas kami sekarang bertepatan dengan firman ALLAH :
مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ
يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً (23) لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ
إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُوراً رَحِيماً (24)
" Dari kalangan golongan yang beriman itu ada yang telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH ; maka diantara meraka ada yang gugur (syahid) dan diantara meraka ada (pula) yang menunggu (apa yang telah ALLAH janjikan balasan untuk mati syahid) * Supaya ALLAH memberikan balasan kepada golongan yang benar itu kerana kebenaran mereka, dan menyeksa golongan Munafiq jika DIA (ALLAH)
menghenghendakinya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya ALLAH
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " . ( Surah Al Ahzab : 23-24).

Oleh itu wallaahi, meskipun dalam kepedihan , keperitan , kecederaan , ujian yang berat tapi kita merasakan semua ini merupakan kebaikan yang meliputi kami kerana kami baca firman ALLAH :
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلْ الْمُؤْمِنُونَ
(51)
" Katakanlah : Sekali-kali tidak akan menimpa kami kecuali apa yang ALLAH telah tetapkan untuk kami. DIA lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH sahaja orang-orang yang beriman bertawakkal. " (Surah At taubah : 51).

Kami telah baca firman ALLAH :
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَاباً مُؤَجَّلاً وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا
نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ
" Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktuny a. Barang siapa mengkehendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa mengkehendaki pahala Akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. " ( Aali `Imran : 145).

Sesungguhnya kami menyerahkan urusan kami kepada TUAN punya urusan , Sesungguhnya kami menyerahkan urusan kami kepada ALLAH, TUHAN yang mempunyai kerajaan yang sangat besar , yang sangat kuat laailaha illa hu TUHAN `Arasy yang besar .

Alangkah kecilnya kekutan Zionis dibandingkan dengan kekuatan ALLAH Subhanahu wataala, tiada maknanya kebesaran mereka jika dibandingkan dengan kebesaran PENCIPTA alam , PENCIPTA langit dan bumi. Wallaahi, ALLAH pasti menghukum mereka melalui tangan hamba2 NYA. ALLAH pasti menghukum mereka dengan azab NYA.

Sesungguhnya kami menunggu-nunggu mereka untuk mendapat salah satu dari dua kebaikan, mendapat kemenangan atau mati syahid.
قُلْ هَلْ تَتَربَّصُونَ بِنَا إِلاَّ إِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِ وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ أَنْ يُصِيبَكُمْ اللَّهُ
بِعَذَابٍ مِنْ عِنْدِهِ أَوْ بِأَيْدِينَا فَتَرَبَّصُوا إِنَّا مَعَكُمْ مُتَرَبِّصُونَ (52)
" Katakanlah! Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan (mendapat kemenangan atau mati syahid)*. Dan kami menunggu kamu agar ALLAH menimpakan bagi kamu azab ( yang besar ) disisi NYA atau (azab ) dengan tangan kami . Oleh itu tunggulah! Sesungguhnya kami menunggu-nunggu kamu. " (Surah At Taubah : 52 ).

Wahai kekasih kami di Ghazzah ! Wahai Pejuang !
Kami di Ghazzah sesungguhnya wallaahii berhadapan dengan gambaran yang besar , kami di kelilingi gambaran para sahabat generasi pertama , gambaran mereka yang telah membuka pintu kebaikan kepada alam ini . mereka yang telah menyebar kebaikan dan kemenangan diisemua tempat .

Sesungguhnya kami telah melihat kesabaran yang besar ini , ketetapan dan semangat yang tinggi. Meskipun ibu2 kehilangan anak2 enam atau tujuh orang, keluarga2 keseluruhannya dibunuh. Lelaki dan perempuan datang . Kami katakan mintalah ganjaran dari ALLAH . Para shuhada` mendapat ganjaran . ALLAH akan membalas perjuanganmu sebagai syuhada` kerana membela Palestine, kerana membela agama kami , kerana membela marwah kami , kerana membela kebebasan kami .

Ribuan rumah musnah kerana dibom , sekarang mereka tinggal di sekolah bersama keluarga , bersama adik beradik dirumah tetapi mereka tetap hidup dalam kemuliaan dan ketinggian, mereka enggan menyerah kecuali menyerahkan diri kepada ALLAH.

Kesabaran mana kah yang lebih besar dari ini?
Inilah dia kekuasaan ALLAH. Kekuasaan manakah yang lebih besar dari kekuaasaan ALLAH?

Sesungguhnya kamu sekarang wahai penduduk Ghazzah , kamu bukan sahaja mengajar orang kebanyakan, bahkan kamu telah mengajar pemimpin dan pembesar . Kamu sekarang memimpin .

Kamu sekarang telah memberikan masa depan yang cerah dengan berkat Kesabaran yang besar ini , dengan kalimah yang diberkati iaitu kalimah ALLAH yang kita sentiasa dengar siang dan malam , yang dibaca oleh ibu2 kami, yang dibaca oleh isteri2, orang2 tua dan kanak2,

Anak2 kecil yang telah hilang penglihatan akibat serangan membabi buta ini merintih dan berdoa di katil hospital2 dengan penuh tawadhu` , dengan penuh keimanan, mereka dapat merasakan keagungan ALLAH , mereka tertanya-tanya apakah erti kehidupan kanak2 Palestine. Inilah dia kanak2 palestine yang Yahudi ingin membunuh . Sesungguhnya lebih dari 450 kanak2 palestine telah dibunuh . Kaum wanita juga telah dibunuh
dalam peperangan yang gila ini

Oleh itu kebanyakan yang kita saksikan sekarang ini hendaklah dihadapi penuh dengan kesabaran. Ingatlah bahawa kemenangan itu bersama golongan yang sabar. Ketahuilah wahai ahli Ghazzah yang dikasihi bahawa setiap kesukaran akan disusuli dengan kemudahan sebagaimana firman ALLAH :
فَاِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
" Maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya
sesudah kesulitan ada kemudahan. " ( Surah Nasyrah 5-6).

Pengganas Yahudi tidak akan dapat mengalahkan golongan yang sabar dan bersatu padu.

Hari ini hendaklah kita bersatu, tolong menolong sesama kita wahai penduduk Ghazzah. Hari ini kita tidak boleh membezakan antara satu sama lain , tak boleh bezakan orang ini dengan orang itu, keluarga itu dan keluarga ini, tidak boleh membezakan kawasan ini dengan kawasan itu, tempat ini dengan tempat itu . Sesungguhnya kita ini adalah satu jasad. Bandingan orang mukmin sesama mereka ialah seperti satu binaan
yang menguatkan antara satu sama lain.

Hari ini semua rumah dibuka , semua lorong dibuka, semua badan kebajikan dibuka,
Hari ini kita semua seperti satu jasad, kita semua adalah satu keluarga. Apa yang kita lihat hari ini bahawa kesatuan, tolong menolong , kasih sayang dan belas kasihan telah meresap ke dalam segenap jiwa kita bertepatan dengan sabda Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam : Sesungguhnya perumpamaan kasih sayang dan belas kasihan sesama mukmin ialah seperti satu jasad. bila sakit satu anggota nescaya anggota lain akan turut rasa sakit, tak dapat tidur kerana menahan kesakitan dan demam. Oleh itu saya menyeru ahli penduduk Ghazzah bersabar didalam rumah kamu, dan askar2 kita tetap berada disempadan menangkis serangan kereta2 kebal, peluru berpandu dan bom2 penjajah yahudi . Sekali lagi saya menyeru kepada semua penduduk Ghazzah supaya membuka pintu rumah semua untuk menerima pesakit2 kita yang tercedera, agar kita menjadi satu keluarga , agar kita saling bantu membantu. Apa yang dapat kita lihat sekarang ini adalah limpah kurnia ALLAH Subhanahuu
wataala.

Kita bersumpah dengan nama ALLAH , dengan kepalan roti , dengan air, ubat-ubatan, pakaian dan rumah2 , Ini semuanya dengan izin ALLAH Taala mereupakan petunjuk yang baik untuk bangsa yang diberkati ini . Kemudian kita lihat kepercayaan ini dengan bantuan ALLAH Subhaanahuu wataala sungguh pun kita dikelilingi kesukaran dan kepedihan tetapi kepercayaan kepada ALLAH telah meresap didalam jiwa kami seolah-olah
kita menyaksikan Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam yang pulang dari Taif berlumuran dengan darah yang mengalir, lalu Zaid Bin Harithah radhiallaahu `anhu berkata kepada Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam : Ya Rasulallah! Bagaimana kita nak kembali ke Makkah sedangkan mereka telah mengeluarkan tuan hamba . Jawab
Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam :
يا زيد إن الله جاعل لما ترى فَرَجًا ومَخْرَجًا وان الله ناصرٌ دينَهُ ومُظْهِرٌ نَبِيَّهُ
" Ya Zaid ! sesungguhnya ALLAH akan menjadikan apa yang kamu lihat pasti ada kelapangan dan jalan keluar dan ALLAH pasti menolong agama-NYA dan memenangkan Nabi NYA. "

Ya, sesungguhnya kita yang menghadapi ujian ini berkata kepada penduduk kita dan bangsa kita bahawasanya kita Wallaahi lebih hampir kepada kemenangan dan bahawasanya . Wallahi Sesungguhnya darah yang mengalir ini akan membawa kepada kemenangan dengan izin ALLAH Tabarakawataala. Darah kanak-kanak dan wanita akan terus mengalir sudah pasti akan mengusir penjajah Yahudi, akan mengusir Bush yang
akan pergi tak beberapa hari lagi dari peta kemanusiaan dan peta sejarah . Pasti mereka akan mengusir siapa sahaja yang bersetuju terhadap tumpahnya darah anak2 kami, wanita2 kami , keluarga kami yang tercedera disini , di bumi Ghazzah .

Wahai keluarga dan Saudara2 kami !
Hari ini kita tidak mahu bercakap banyak tentang politik tetapi Aku ingin katakan kepada ahli kita di Ghazzah dan kepada semua anak-anak kami bangsa Palestine di serata tempat dan kepada semua umat islam dan kepada semua pencinta kemerdekaan dan kebebesan didunia ini yang mempertahankan Palestine dan Ghazzah bahawa penentangan terhadap Yahudi ini wajib diteruskan dan ditingkatkan kerana serangan mereka ke
atas bangsa kami berterusan .

Intifadah ini wajib diteruskan kerana penjajah Yahudi terus menerus membunuh siang dan malam. Aku ingin katakan bahawa kami di sini , dibumi Ghazzah yang mahal
nilainya, di bumi Palestine menghadapi permusuhan dan serangan ini dengan dua cara , Cara diplomasi politik dengan berbagai cara yang dilakukan seperti resolusi, seruan berdamai , pertemuan demi pertemuan dengan berbagai pihak dan negara, dengan negara arab dan lain-lain. Kita tidak menafikan cara ini bahkan kita berusaha ke arah itu dan tidak pernah menutup rundingan ke arah itu. Oleh itu kita bekerjasama
secara positif dengan mana2 pihak untuk melaksanakan gencatan yang membawa kepada keputusan menghentikan segera permusuhan terhadap bangsa kami dan supaya penjajah Zionis keluar dari bumi Ghazzah yang di jajah, membuka semula semua sempadan dan menghentikan kepungan secara menyeluruh .

Wahai para mujahidin , Wahai para pejuang , Wahai peria , wahai pahlawan! Kamu akan mendapat kemenangan . Kemenangan akan datang, insha ALLAH.

Selepass 17 hari peperangan, aku ingin katakan bahawa peperangan yang gila ini tidak akan pecahkan Ghazzah. Ghazzah tidak akan dapat dipecahkan dengan izin ALLAH.
Ghazzah tidak akan jatuh, Ghazzah tidak akan jatuh dengan izin ALLAH.
Semangat kami tidak akan luntur, Semangat kami tidak akan luntur dengan izin ALLAH.
Bahkan Ghazzah akan menang. Kemahuan kita akan menang. Aqidah akan menang.
Iman akan menang. Palestine dan umatnya akan menang dengan izin ALLAH Tabaaraka waTaala .

Sesungguhnya kami seperti sebelumnya pada setiap detik bersungguh-sunguh menghadapkan diri kepada ALLAH Subhanahu wataala . Peperangan ini telah menghampirkan diri kami kepada ALLAH. Wallaahi , peperangan ini telah menghampirkan diri kami kepada ALLAH Subhanahuu wataala .

Ketika kita mengangkat tangan dengan merendahkan diri kepada ALLAH Subhanahuu wataala hati kami penuh khusyu` kepada ALLAH Subhanahuu wataala. Ini adalah sebahagian daripada kebaikan dan kelebihan.

Sesungguhnya aku menyeru kepada semua anak bangsa kami ahli kebaikan supaya berdoa dan mengaminkan doa ini dengan izin Allah Subhanahu wataala.
اَللَّهُمَّ إِنِّا عَبِيْدُكَ وَابْنُ عَبِيْدِكَ ابْنُ أَمَتِـكَ نَواصِيْنا بِيَـدِكَ، مَاضٍ فِيْنَا حُكْمُكَ، عَدْلٌ
فِيْنَا قَضَاؤُكَ نَسْأَلُُكَ اَللَّهُمَّ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لََكَ سَمَّـيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِي
كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْـتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِـكَ أَوِ اسْتَـأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الغَيْـبِ عِنْـدَكَ أَن
تَنْصُرَ اْلإِسْلاَمَ وَأَنْ تُعِزً اْلمُسْلِمِيْن. اَللَّهُمَّ أَعِنْ كَلِمَةَ الْحَقِّ وَالدِّيْنِ اَللَّهُمَّ أَيِّدْ
جُنْدَكَ الْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ أَيِّدْ عِبَادَكَ الْمُوَحِّدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ سَدِّدْ رَأْيَهُمْ وَ رَأْيَهُمْ يا
رَبَّ الْعالَمِيْنَ اَللَّهُمَّ أَرِنا فِي اْلغُزاةِ عَجائِبَ قُدْرَتِكَ وَعَظائِمَ آياتِكَ يا مَنْ لا
يُعْجِزُكَ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلا فِي السَّماءِ اَللَّهُمَّ آمِنْ رَوْعاتِنا وَاسْتُـرْ عَـوْرَاتَنا
وَفَرِّجْ كُرَباتِنا اَللَّهُمَّ رَبَّنا أَفْرِغْ عَلَيْنا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنا وَانْصُرْنا عَلَى
الْقَْومِ الْكافِرِيْنَ يا حَـيُّ يا قَـيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيْثُ يا حَـيُّ يا قَـيُّومُ بِرَحْمَتِكَ
نَسْتَغِيْثُ يا حَـيُّ يا قَـيّومُ بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيْثُ قَلَّ النَّصِيْرُ فَانْصُرْنا قَلَّ الْمُعِيْنُ فَأَعِنَّا
قَلَّ النَّصِيْرُ فَانْصُرْنا قَلَّ الْمُعِيْنُ فَأَعِنَّا يا الله يا الله يا حَـيُّ يا قَـيُّوْمُ يا
بَدِيـْعَ السَّماواتِ وَالأَرْضِ اَللَّهُمَّ هَيِّئْ لَنا مِنْ أَمْرِنا رَشَدًا وَاجْعَلْ لَنا مِنْ كُلِّ ضِيْقٍ
مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ عُسْرٍ يُسْرًا اَللَّهُمَّ نَصْرُكَ الَّذِيْ وَعَدَ اَللَّهُمَّ نَصْرُكَ
الَّذِيْ وَعَدَ اَللَّهُمَّ فَرَجُكَ الَّذِيْ وَعَدَ اَللَّهُمَّ فَرَجُكَ الَّذِيْ وَعَدَ اَللَّهُمَّ يا حَـيُّ يا قَـيُّوْمُ
يا بَدِيـْعَ السَّماواتِ وَالأَرْضِ يا مالِكَ كُلِّ شَيْءٍ اُنْصُرْ عِبادَكَ فِيْ غَزَّة اُنْصُرْ أَهْلَنا
فِيْ غَزَّة اُنْصُرْ أَهْلَنا فِيْ غَزَّة اَللَّهُمَّ ارْفَعْ رَايَةَ الْقُرْءَانِ وَ لِوَاءَ اْلإِسْلاَمِ وَاحْفَظْ
عِبادَكَ فِيْ كُلِّ مَكانٍ اَللَّهُمَّ احْفَظْ أَهْلَنا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيْهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ
أَرْجُلِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَمِنْ فَوْقِهِمْ وَنَعُوْذُبِكَ اَللَّهُمَّ مِنْ أَنْ يُغْتَالَ مِنْ
تَحْتِهِمْ

Ya ALLAH ! Sesungguhnya kami adalah hamba-hamba MU, anakhamb-hambaMU (lelaki) dan anak hamba-hambaMU (perempuan) didalam genggamanMU ubun-ubunku hukum atau ketentuanMU berlalu, keputusanMU adalah adil. Aku mohon kepadaMU ya ALLAH dengan menyebut setiap nama bagiMU atau nama yang ENGKAU berikan kepada diriMU sendiri atau yang ENGKAU turunkan pada kitabMu atau yang ENGKAU ajarkan atau yang ENGKAU simpan
didalam perbendaharaan ghaib disisiMU agar ENGKAU membantu Islam dan memualiakan Muslimin.

Ya ALLAH ! Bantulah kalimah Haq dan Agama.
Ya ALLAH ! Sokonglah tentera-tenteraMU yang berjihad.
Ya ALLAH ! Sokonglah hamba-hambaMU yang mentauhidkanMU.
Ya ALLAH ! Perbetulkanlah pendapat mereka, pendapat mereka,wahai TUHAN
sekelian `alam.
Ya ALLAH ! Perlihatkanlah kepada kami didalam peperangan ini keajaiban kekuasaanMU dan keagungan Ayat-ayatMU, wahai ALLAH yang sesuatu pun tidak dapat melemahkanMU samada dilangit atau dibumi. Ya ALLAH ! Tenteramkanlah kami dari rasa takut dan tutupilah aurat kami (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) serta
hindarkanlah musibah keatas kami. Ya ALLAH ! tetapkanlah kesabaran kami, teguhkanlah pendirian kami dan menangkanlah kami keatas golongan yang kafir.

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada yang lain) , Dengan belas kasihanMU kami memohon pertolongan disaat yang kritikal.
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada yang lain) , Dengan belas kasihanMU kami memohon pertolongan disaat yang kritikal.
Hanya sedikit yang ingin membantu maka bantulah kami. Hanya sedikit yang ingin menolong maka tolonglah kami. Hanya sedikit yang ingin membantu maka bantulah kami.
Hanya sedikit yang ingin menolong maka tolonglah kami. Ya ALLAH, Ya ALLAH !
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada yang lain) , Wahai Yang mengelokkan ciptaan langit dan bumi! Ya ALLAH ! Persiapkanlah urusan kami dengan petunjukMU. Jadikanlah jalan keluar bagi kami dari segala kesempitan, kelepasan dari segala dukacita dan kemudahan dari semua kesukaran.
Ya ALLAH ! pertolonganMU yang ENGKAU janjikan !
Ya ALLAH ! pertolonganMU yang ENGKAU janjikan !
Ya ALLAH ! pertolonganMU yang ENGKAU janjikan !
Ya ALLAH ! kelepasan yang ENGKAU janjikan !
Ya ALLAH ! kelepasan yang ENGKAU janjikan !
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada yang lain) , Dengan belas kasihanMU kami memohon pertolongan disaat yang kritikal.
Wahai Yang mengelokkan ciptaan langit dan bumi! Wahai Yang memiliki segala-galanya! Bantulah ahli kami di Ghozzah (Gaza). Ya ALLAH ! Angkatkanlah panji AL Quran. Tinggikanlah panji Islam. Peliharalah hamba-hambaMU disetiap tempat. Ya ALLAH ! Peliharakanlah ahli kami dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari atas mereka, dari bawah mereka, dikanan mereka dan dikiri mereka.Dan kami berlindung kepadaMU ya ALLAH agar tidak disambar dari bawah mereka.

Wahai Saudara dan saudari! Sesungguhnya kita berdoa kerana memenuhi perintah ALLAH sebagaimana firman NYA:
اُدْعُوْنِيْ اَسْتَجِبْ لَكُمْ
" Berdoalah kamu pasti AKU akan menyahut (perkenankan) doamu. "
اَللَّهُمَّ إِنِّا قََدْ دَعَوْنَاكَ كَمَا أَمَرْتَنَا فَاسْتَجِبْ لَنَا كَمَا وَعَدْتَنَا
Ya ALLAH ! Sesungguhnya kami telah berdoa kepadaMU sebagaimana yang telah ENGKAU perintahkan kepada kami, oleh itu perkenankanlah bagi kami sepertimana Engkau telah janjikan. Dan kerana memenuhi perintah Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam kepada
Ibnu `Abbas radhiallaahu `anhuma sebagaimana sabdanya : Wahai Ibna `Abbas ! Jagalah ALLAH pasti dia akan menjagamu. Jagalah ALLAH pasti engkau akan betul arahmu. Apabila engkau minta maka mintalah kepada ALLAH, Apabila kamu minta pertolongan mintalah pertolongan kepada ALLAH .

Ketahuilah! sesungguhnya sekiranya berkumpul semua manusia untuk memudharatkan kamu dengan sesuatu pasti mereka tidak akan dapat memudharatkan kamu kecuali ALLAH telah tuliskannya (taqdirkannya) keatas kamu dan sesungguhnya sekiranya berkumpul semua manusia untuk memberi manfaat kepada kamu pasti mereka tidak akan dapat memberi
manfaat kepada kamu kecuali ALLAH telah tuliskannya (taqdirkannya) keatas kamu.

Salam keatas Ghazzah.
Salam kemenangan yang bakal dikecapi Ghazzah
Salam Keatas kanak2 Ghazzah. Kaum wanita Ghazzah, Kaum lelaki Ghazzah
dan salam keatas semua umat kami .

Saya mengalu-alukan Pasukan perubatan Arab yang telah pun sampai
kesini , di Ghazzah dan mereka menjadi satu juzuk dari ahli Ghazzah ,
mereka telah merawat penduduk yang cedera.Selamat datang ke Ghazzah .
Semuga kamu diberkati dan menuju kemenangan dengan izin ALLAH Tabaraka
wataala.

Wassalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Dari saudaramu sesama Islam

http://almadanii.multiply.com

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 1/24/2009 04:53:00 PM __._,_.___

---------------------------------------------------
Moga ada manfaat

Melanggan ? hantar email ke lk-subscribe@yahoohroups.com

Blog: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com