Langkau ke kandungan utama

015/02/13- Parti PAS ialah port perhimpunan artis yang bermasalah

Parti Aslam SeMalaya begitu teruja dengan kemasukan beramai-ramai artis tanah air ke dalam parti mereka. Jika dilihat betul-betul hampir kesemua artis-artis yang menyertai Pas adalah artis yang mempunyai masalah moral.

Mereka adalah artis yang gagal dalam kerjaya, gagal dan perkahwinan, gagal mendidik anak, gagal dalam perniagaan dan ramai yang kantoi kerana kes tangkap khalwat.


  1. Bok Lokman ( gagal dalam mendidik anak)
  2. Abby Abadi ( gagal dalam perkahwinan)
  3. Ito ( pernah ditangkap khalwat)
  4. Aishah ( gagal beberapa kali dalam perkahwinan dan mempunyai anak skandal)
  5. Haire Osman Leftenan Adnan ( pernah ditangkap khalwat)
  6. Piiere anak Khatijah Pi Mai Mai Tang Tu ( masalah kerja lawan tauke akhirnya lingkup sebuah filem)
  7. Model-model yang perasan cantik dan tak berdisiplin akhirnya insaf dan masuk Pas
  8. ada lagi ka nama-nama artis yang tertinggal
Sekarang Pas tengah kumpul anak-anak muda yang gagal dalam pengajian di universiti. Antara yang popular ialah Adam Adli, Pas usung dia sana sini dengan harapan Adam jadi ahli Pas tetapi setakat hari ini , Pas gagal menjubah dan melebai kopiah akan Adam Adli dan dia kekal imej serabai ala-ala Tukar Tiub.

Pas juga berjaya mengumpul tentera-tentera terutama mereka yang gagal dalam kehidupan selepas pencen atau berhenti tanpa pencen.

Dari pemerhatian TM, ramai tentera yang berhenti awal terlibat dengan dadah, judi dan kaki perempuan. bila duit sagu hati/pampasan habis ramai yang jadi papa kedana, tinggal atau buat bangsal ( rumah ) di tepi-tepi lombong dan sungai, menumpang diatas tanah orang. 

Ada juga yang berpangkat tinggi sikit melibatkan diri dalam perniagaan tetapi bila kaya lupa daratan, jadi kaki judi lumba kuda.  setiap kali racing ikut sampai ke Singapura.Akhirnya busines merudum dan bankrupt lalu insaf dan akhirnya menjadi ahli Pas dan 24 kritik kerajaan tak betul.

Anak-anak dara Kerabat pula, petang-petang pakai t-shirt dan seluar ketat-ketat, make up lawa-lawa, mengerbang rambut macam bintang filem meronda ke hulu-ke hilir di taman perumahan dengan motosikal sambil sebelah tangan menatap telefon. Akhirnya sok sek-sok sek dalam surau, pasal apa? Pasal anak si polan si polan gugur kan kandungan untuk kali ke dua dan ketiga.


Ramai juga bekas-bekas tentera yang hari-hari melepak di kedai kopi dan malam-malam di surau dan markas Pas, tengok wajah memang ala-ala tok alim yang warak tetapi emak ai -bila dengar dia bercakap nampak jelas perangai hapraknya, mulut macam ci.......i .

Mereka inilah yang ramai menyertai Kerabat. Sama juga lah dengan pesara polis yang akhirnya menagih simpati Anwar Ibrahim. Mereka berbuat demikian kerana semasa berkhidmat dahulu mereka kenyang kerana dijaga dan dipelihara oleh Anwar, jadi bila busines down, balik mengadap Anwar yang maha kaya dan akhirnya sebagai timbal balas, Anwar dalam sidang media akan merujuk dato ini dan dato itu untuk membela dirinya. kita sering mendengar Anwar menjual nama Dato Zin dari cawangan khas.

Akhirnya TM melihat Pas punya style ialah mereka hanya akan memancing artis baru sahaja tetapi, bila dan lama mereka juga akan ditinggal kan begitu sahaja.

Contohnya ialah Bawani, apabila meletup isu Bawani vs Sharifah Zohra, Bawani diusung oleh Pas untuk ceramah politik. Tak hadir pun tak apa janji nama Bawani ada dalam iklan dan flyers.

Berbalik kepada isu artis tadi, TM berani menyatakan bahawa ramai artis akan dilupakan oleh Pas seperti peribahasa melayu , 'habis madu sepah dibuang'. Sekarang pun sudah ada artis yang sudah dilupakan terutama yang sudah tua, Pas akan mencari artis-artis baru pula atau dalam bahasa lain 'buah muda'.

Akhirnya artis tua akan menjadi kupang tembaga dan dilupakan, akhirnya isi borang BR1M.

Ulasan

  1. seringkali bila bermasaalh kita cari agama, tp bila kurang berilmu dan tiada pembimbing seringkali juga kita tersalah pilih. fikir fikirkn.

    BalasPadam
  2. Pas pengutip sampah.Yg berwibawa dibuang nya.Sejak pandai berkawan ngan nuar dah ikut rentak sikaki jubor.

    BalasPadam
  3. nampaknya pas merupakan parti perubahan bagi yang jahil..baguslah artis2 insaf semoga ALLAH memberi petujuk kepada kita

    BalasPadam
  4. Tunggu zilA bakarin masuk pas

    BalasPadam
  5. ya..betul tu TM...kebanyakan semua nya bermasalah..sebab apa..!!!!..sebab nya dari asal lagi diaorg menyokong kerajaan Barisan Nasional..punca keruntuhan akhlak dari situ lah...cuba kaji kesemuanya...Kebenaran PASti akan datang...TAKBIRRRRR....

    BalasPadam
  6. Lepas tu boleh la artis-artis ni ganti ulamak kat dalam PAS pulak. Ulamak dibuang, artis ustad/ustazah mee segera disanjung bagai nak gila...

    BalasPadam
  7. artis2 ni semua dah tak laku, tak mau syoru miss. tengok ustazah abby, sekarang dah senang-lenang. sejak meyembah anwar, pas jadi bengong, tuiduh umno murtad tapi artis juga depa puja dan sembah. artis dah ganti ulamak.

    BalasPadam
  8. PAS = PARTI AKAI SINGKAT sebab tu yg masuk PAS semua otak udang..pengalaman aku ikut puak PAS ni sangat melucukan..kebanyakan leader dia org ni SRP pun tak lepas syarat utama pandai putar belit cakap loyar buruk,cakap selalu tak guna otak & fakta ....penampilan mcm ulamak tetapi hakikatnya jadi ular dalam semak....kebanyakan belakon semata2...nak tau siapa mereka...kena ikut sekali mcm aku buat baru kita tau akhir zaman ni pakai serban atas kepala belum tentu baik...fikir2kanlah...PRU13 kita kasi tukar Kedah & penang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PAU 1987: Najib Penyelamat Nyawa Politik Dr Mahathir. Tapi kenapa dia bencikan Najib?

#SuaraMerdeka - Kebebasan . Persamaan . Keadilan

*PADA* malam 23 April 1987, kira-kira 30 tahun yang lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini di antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah pun hilang dari pandangan setelah 'direbahkan' (flattened) untuk dibuat bangunan baru, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu prebutan kuasa antara dua tokoh - Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Hotel Hilton menjadi markas jentera kempen Dr Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terdesak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan c…

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

Mahathir Menangis Di London Kerana Kecewa Karenah Ahli Ahli Parti Bunga

Aidilfitri tahun ini agak berbeza bagi Mahathir. Jauh dia membawa diri ke London. Membawa hati dan perasaan yang kecewa terhadap ahli ahli parti bunga dan rakan rakan barunya dalam Pakatan Harapan. 
Merajuk sungguh. Mahathir merasakan inilah masa terbaik untuk dia meluah rasa hati dan mengubat kecewa bersama keluarganya. Mahathir takut sangat bila RCI Skandal Forex ditubuhkan. Mahathir merasakan masanya mungkin terhad untuk bersama keluarganya lagi. 
Ada yang nampak, Mahathir mengesat air matanya ketika solat hari raya Aidilfitri. Sugul dan termenung jauh memandang ke sejadah. Entah apa yang difikirkan. Namun mereka yang berada di saf belakang jelas nampak kekecewaan Mahathir di pagi raya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1543654558988349&substory_index=0&id=697192853634528
Menurut sumber dalaman PPBM, Mahathir sebenarnya sudah mula rasa kecewa dengan ahli-ahli PPBM. Di peringkat atas, Muhyiddin masih berkeras mahu meletakkan orang orangnya di bahagian bahagian tertent…