Sabtu, 2 Februari 2013

016/02/13- RM 120 juta tingkat kualiti air Selangor


KUALA LUMPUR 2 Feb -  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi mengatasi masalah air di negeri Selangor.
 
Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata peruntukan itu merupakan tambahan kepada RM606 juta yang diberikan kepada Syabas sebelum ini.
 
"Kalau tidak kerana peruntukan RM606 Juta kepada Syabas yang diberikan kerajaan persekutuan, masalah air di Selangor adalah lebih berat sebenarnya.
 
"Kita tidak mahu rakyat dinegeri Selangor terus menjadi mangsa dan kerana itu kerajaan telah bersetuju menambah perutukan sebanyak RM120 juta," katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penduduk di kawasan Parlimen Ampang dan Pandan pada Majlis Pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, di sini.
 
Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Penyelaras Parlimen Ampang Datuk Ismail Kijo serta Anggota parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat.
 
Perdana Menteri turut berkata kerajaan BN sememangnya memperjuangkan isu itu tetapi masalah itu sebenarnya boleh diputuskan rakyat dalam menangani masalah itu.
 
"Saya mahu soal ini terus diperjuangkan oleh kita tetapi lebih baik lagi apabila sampai masanya dan ia tidak lama lagi rakyat Selangor sendiri yang menilaikannya," katanya merujuk kepada pilihan raya yang akan datang.
 
Tambahnya, masalah air juga menyebabkan 430 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan selain pelaburan ekonomi negeri Selangor turut terjejas.
 
Justeru itu, beliau menyarankan supaya rakyat Selangor bijak menilai sekaligus tidak boleh membiarkan masalah itu terus berlarutan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan: