Dua pilihanraya kecil akan diadakan serentak iaitu bagi kerusi parlimen P.59 Bukit Gantang dan satu kerusi DUN Kedah N.25 Bukit Selambau. Pengumuman tersebut telah dibuat SPR pada pagi tadi dan menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon dan 7 April tarikh pembuangan undi.
Kerusi Bukit Gantang yang sebelum ini adalah milik calon PAS Allahyarham Roslan Shaharum yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung manakala kerusi DUN Bukit Selambau adalah milik calon PKR, V.Arumugam yang meletak jawatan akibat tekanan, ancaman dan ugutan yang diterima beliau dan keluarganya supaya melompat parti menyertai Barisan Nasional.
Kami pemimpin Pakatan Rakyat akan memberi sokongan padu terhadap calon yang dipilih nanti dan saya menyeru agar semua jentera pilihanraya bersiap sedia menggempur Barisan Nasional yang pasti mereka akan datang dengan menabur janji-janji kosong dan menjadikan pilihanraya kali ini
KITA TUNGGU LAH DALAM KEMPEN NANTI SIAPA BAPA SEGALA PENABUR FITNAH DAN SIAPA YANG MENABEER (TABUR) JANJI KOSONG....