Rabu, 4 Februari 2009

Blog Pro Pakatan mula menghina kerajaan baru BN Perak

Belum pun sah penubuhan kerajaan BN di Perak, blog-blog pro pakatan telah mula menidakkan keputusan Spr dan juga pembentukan kerajaan baru yang disifatkan kerajaan katak lompat.

Katak Lompat atau lompat parti dan menubuhkan kerajaan BN yang baru? Betoi kaa? Yang aku dok tengok bukan ada yang lompat pun. Yang sah lompat adun Bota lompat dari BN ke Pkr (11 hari) yang lain tak lompat pun. 3 adun lagi hanya keluar parti dan menjadi adun bebas serta menyokong BN. Kerusi BN tetap 28, Pakatan 28 dan Bebas 3. Mana ada lompat parti.

Harap blogers Pro Pakatan dapat perbetulkan fakta.

Ramai blogers Pro Pakatan menyatakan "Adun yang lompat parti telah mengkhianati amanat dan pengundi kawasan mereka dan mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak"

Tak apa lah bloggers Pro Pakatan...Tuan Guru Nik Aziz pun dah keluarkan Fatwa " Melompat Parti adalah satu tindakan bijaksana" ini lah kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sewaktu mengulas kes Adun Bota melompat parti ke Pkr selama 11 hari.

So.....Pro Pakatan Bloggers......telanlah cakap Nik Aziz. Kalau nak salahkan jangan sesekali marahkan Ahli Pkr yang keluar parti , tetapi marahkan Anwar yang mempunyai niat untuk menikam Pas di Perak. tetapi tikamannya tidak menjadi sebaliknya memakan diri.

Berhati-hati jika mahu menari , kalau terpeliuh jangan salahkan lantai yang tidak rata dan kalau tidak pandai bergayung jangan salahkan keris yang pendek....