Sabtu, 14 Februari 2009

Dah Kalah Mengaku kalah lah.

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakannya mengosongkan kediaman Menteri Besar Perak dan pemulangan kenderaan rasmi Exconya bukan menunjukkan beliau telah berputus asa, kecewa dan mengalah.

Bekas Menteri Besar Perak itu menjelaskan, tindakan tersebut dilakukan kerana terdapat arahan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri supaya mereka menyerahkan kenderaan, kunci pejabat dan kediaman berkenaan.

"Penyerahan ini tidak memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Ia tidak menjejaskan sama sekali.

"Ia tidak menunjukkan sebarang elemen bahawa kami telah berputus asa, kecewa atau sebarang elemen yang kami mahu mengalah," ujarnya di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menjawab soalan wartawan mengenai apa yang akan dilakukan oleh beliau sepanjang tempoh pendengaran permohonannya di mahkamah, Mohammad Nizar berkata, ia masih terlalu awal kerana permohonan tersebut baru difailkan.

Katanya, beliau masih menjalankan tugas-tugas hariannya sebagai Menteri Besar termasuk ahli-ahli Exconya juga masih melaksanakan tugas-tugas harian mereka.