Kecelaruan dalam minda Pakatan Rakyat masih belum berakhir, Semalam kedegilan mereka masih menebal dengan melahirkan kenyataan yang pelik dan melucukan dalam media.
.
Kita tunggu esok. Apa tindakan Nizar, Karpal, Anwar dan penyokong Pas. Yang pasti Nik Aziz tidak lagi mahu campur tangan dalam soal ini.
Rakyat Perak akan menzahirkan rasa marah mereka pula kepada Pakatan Rakyat. Apa bentuk tindakannya sama-samalah kita menunggu situasi seterusnya.
Nizar perlu berjumpa pakar kesihatan esok dan bukannya berebut untuk masuk ke pejabat SUK. Saya khuatir Nizar dan exco-exconya jika tidak dapat mengawal emosi, mereka akan berakhir di Tanjung Rambutan dan mendapat lesen khusus untuk yang pernah menghuni di sana. Ia lebih memalukan dan kemungkinan Anwar dan Karpal juga akan ke sana.
Situasi semasa mungkin tidak akan menyebabkan mereka dihantar ke Kamunting kecuali kumpulan yang mengamuk di Kuala Kangsar Jumaat lalu.
blogging dari de maju nasi kandar D'sara Perdana.