Selasa, 24 Februari 2009

INGATAN KEPADA TAIPINGMALI

Saya selaku rakyat kerajaan di Bornoe ini rasa terpanggil untuk mengulas tulisan blogerr TAIPINGMALI (YB. Datuk Haji Rosli) yang mengulas tentang kritikan pihak tertentu berkenaan pengunaan kenderaan jenis VOVLO sebagai kenderaan rasmi kerajaan Sabah. Saya faham tujuan penulis berkenaan bukan untuk mempertahankan kerajaan Sabah dalam pengunaan jenis kenderaan tersebut tetapi tujuan sebenar beliau hanyalah ingin menghentam pihak yang mempertikai. Menghairankan rakyat sabah tidak tidak kisah dan tidak berminat langsung dengan isu-isu begini yang YB. Datuk Haji Roli sebok-sebok dan pandai-pandai pula bercerita bab sejarah kemerdekaan Sabah dan Pembentukan kerajaan Malaysia apa hal. Kepada YB. Datuk Rosli saya ingin ingatkan YB. Datuk lain kali kalau berkenaan Sabah tu biarlah kami yang bersuara jangan YB. Datuk pandai-pandai. Saya rasa kecewa dengan tulisan YB. Datuk kerana banyak yang Datuk tulis itu tidak tepat dan tidak betul berkenaan kerajaan di Borneo ini.

Pertama YB. Datuk mengatakan dengan beberapa syarat yang ditandatangani melibatakan kepentingan politik Sabah dan Sarawak tidak boleh diganggu-gugat oleh kerajaan Persekutuan. Kalau YB. Datuk mahu tahu sebenrnya bukan beberapa syarat tetepi ada 20 perkara yang menyebabkan negeri Sabah menyertai Malaysia tanpa 20 perkata tersebut Sabah tidak akan menyertai Malaysia. Yang Kerajaan persekutuan tidak boleh mengganggu-gugat 20 perkara tersebut itu adalah benar. Tetapi untuk makluman YB. Datuk sekarang dan hari ini cuba YB. Datuk pergi tanya rakyat Sabah sudah berapa banyak perkara-perkara tersebut telah diganggu dan telah dihakis oleh kerajaan Persekutuan . Yang bab ini YB. Datuk bukan lawan kami dan tolong jangan jawab apa-apa . Saya mahu maklumkan YB. Datuk jagalah negeri Perak tu baik-baik jangan limpang atas jalanraya, jangan gaduh-gaduh dan tolong jangan babit-babitkan kami di Borneo cara politik gila kamu.

Tentang apa yang YB. Datuk sifatkan sebagai mengharamkan masuk individu-individu tertentu dan itu memang hak kerajaan negeri tetapi kami telah jelaskan ianya bukan kerana POLITI tetapi kerana kesalahan akta imegrision. Dengan cara YB. Datuk merayu dan memohon kepada kerajaan di Borneo ini untuk mangharamkan musuh politik YB. Datuk untuk jangan masuk ke Borneo ini amatlah tidak wajar dan untuk makluman YB. Datuk kami rakyat di Borneo ini tidak dulu, kini dan selamanya untuk mengharamkan sesiapa saja daripada semananjung untuk masuk ke sini. Kami amat MENGHORMATI TETAMU kami , malahan saya misalnya sudahpun ada anak buah dan waris di negeri Johor apbila adik perampuan saya berkahwin dengan orang sana dan mana mungkin kami boleh dibabitkan dalam permusuhan politik kamu. Begitulah juga rakyat sabah yang lain dan juga rakyat semananjung yang lain kita sudah ada ikatan kekeluragaan. Saya ingin menasihatakan YB. Datuk janganlah semua perkara dilibatkan dengan politik . Kalau saya tidak jelaskan di sini apa yang YB. Datuk sifatkan MENGHARAMKAN MASUK nampak semacam gambarannya rakyat dan kerajaan di Borneo ini jahat dan anti oarang semananjung .

Akhir sekali saya minta semua penulis blog negeri Sabah khususnya kumpulan penulis blog Sabahkini.net menghantar message kepada TAIPINGMALI individunya YB. DATUK HAJI ROSLI agar jangan sekali-kali dan jangan pandai- pandai membuat sebarang penulisan yang berkaitan rakyat Sabah, Kerajaan Sabah dan kerajaan Borneo kalau tidak faham tentang KAMI.........


1 comments:

sumandak bayu said...

Sejahtera Datuk....

Rasanya Datuk dah tersilap orang ni sebenarnya Taipingmali bukan Dato YB dia rakyat biasa... RAKYAT MALAYSIA... yang prihatin dengan politik semasa negara kita... dan Sabah salah satu negeri dalam MALAYSIA...

Bila Datuk mengulas dengan TAJAM bahawa hanya orang Sabah sahaja layak mengulas politik di negeri ni.. rasanya Sumandak pun ndak ba setuju... kita bebas untuk mengulas ape juga bidang di negara kita nama pun DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN.....

Maaf ye Datuk kalo Sumandak talabih sudah tapi.. Datuk isu 20 PERKARA memang menjadi AMARAH orang SAbah skang ni sebab ape.. Sebab ada individu yang cuba mengapi-apikan ISU 20 PERKARA... cuba ba tanya sama JEFFREY... YONG TECK LEE... JHON GHANI..... nape masa dorang jadi pemimpin Sabah dorang ndak banyak cakap pasal 20 PERKARA....kenapa bila dah jadi PEMBANGKANG.... bongkar semua sebab mudah ja tu DATUK cuba MENEGAKKAN BENANG yang BASAH...ndak acih ba kalo bagitu.....

Sumandak orang Sabah, generasi muda adakah suara saya dikira DATUK...Datuk.... tanya ba sama Jeffrey mana keuntungan YAYASAN SABAH... hak sapa ba dia ambik... tanya sama Yong Teck Lee tanah di sekitar bandaraya Kota KInabalu sape yang dia bagi..... tanya Jhon Ghani kenapa dia sanggup jadi calon BEBAS.. cakap untuk rakyat tapi perjuangan dia ke MANA...

Dan tanya pada diri DATUK Sendiri.. nape nak musuhi Kerajaan PERSEKUTUAN....sebab hak kita kena cabul...kalo kita bongkar satu persatu rasanya Datuk salah seorang gak yang terlibat menumbang kepada masalah ini.... (alamak Sumandak talabih sudah)...

Rakyat skang sudah balik macam dulu.... kita banyak cakap dia iya ja tapi ati dia tatap ndak jugak tu suka kita kalo suda ada pilihan di hati....

Jadi macam tu la juga kita ba Datuk.. tapi Datuk lagi la orang lama dalam politik yang makan GARAM lebih dulu dari Sumandak.... memang ada individu di Semenanjung cakap orang Sabah macam2, Sumandak pun ada gak pengalaman itu tapi skang ni dorang tau sudah Sabah macam mana.....MP yang kita pilih bukan lagi tau duduk ja di Dewan Rakyat tapiu sudah pandai bersuara... bangga gak kita... ndak ada lagi istilah kita ni di kasi tido di tepi pintu dalam rumah yang besar....

Sebelum Sumandak mohon diri....Sumandak nak bertanya ngan Datuk IOI yang terbentang luas di Sabah tu pemilik dia sape... hehehe bole la tanya ANWAR walaupun atas nama bapa dia (kalo tak silap syer) tapi itu hak sape... kalo la Datuk mau berkira sangat hak sape dan siapa yang layak mengulas negeri kita baik kita cantas semua.. dan buat DASAR TERTUTUP... Amacam.... tapi ndak la aku mao tinggal dalam dunia tertutup....