Hari demi hari Pakatan Rayub melancarkan peluru berpandu ke arah sasaran yang tak lain dan tak bukan ialah Barisan Nasional. Serangan tanpa henti siang dan malam , 24 jam sehari dilihat masih gagal untuk melumpuhkan dan melemahkan kedudukan BN.
BN juga hari ini sudah mendapat bekalan senjata yang cukup untuk menyerang balas ke arah kutu kuat Pakatan Ruyub. Setiap sasaran dicari untuk dimusnahkan. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh BN. Ini menyebabkan puak pakatan berasa amat marah dan mula menyalahkan diri sendiri dan jeneral perang mereka.
Atas semangat juang dan jihad yang cuci murni , askar-askar Bn semakin bertambah dan setiap ketumbokan ada saja penyerang-penyerang dari pihak BN siap sedia menangkis dan menyerang pihak musuh dengan jayanya.
Pihak pakatan masih bertahan dan cuma mencari kekuatan lain untuk menjahanamkan ketumbokan tentera Bn tetapi ternyata gagal.
Di pihak pakatan terdapat banyak peluru-peluru yang rosak dan gagal dilancarkan, terdapat banyak peluru berpandu tersebut yang tersalah sasaran dan ada yang meletup beberapa saat sewaktu dilancarkan. Banyak nyawa di pihak pakatan telah menjadi korban kerana kegagalan sendiri.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
APA YANG DIGAMBARKAN DI ATAS ADALAH KHUSUS UNTUK KEMENANGAN BLOGGERS BPN HARI INI YANG BERJAYA MENUMBANGKAN BLOG-BLOG DAN JUGA KERAJAAN PR.