Saya amat mengharapkan PRK kali ini tidak ada calon bebas. Tahun lalu terdapat satu calon bebas yang memperjudikan nasibnya dan nyata dia memang kalah judi. Hilang wang pertaruhan.
Mungkin calon bebas tersebut ditaja oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin melihat undi Bn pecah. 19% adalah pengundi India dan sudah tentu sabahat handai dan kaum keluarga calon bebas yang selama mengundi BN akan beralih mengundi calon bebas dan undi Bn akan merosot. Ini percaturan politik dan siapa yang mengerakkan buah catur tersebut? Tiada siapa yang tahu. Percaturan mereka berjaya dan Pakatan menang mudah. Selain faktor protes oleh pengundi setia BN sendiri. Mereka protes kerana Bn meletakkan calon dari luar. Umno Bukit Gantang berjaya mengenepikan Kavies dari menjadi calon tetapi Tan telah mengambil tempat Kavies dan menang. Tan Lian Hoe telah menjalankan tugasnya dengan sempurna dan sehingga dia beralih ke Hulu Perak.
Hari ini PPP telah memberi tekanan kepada Umno supaya menerima siapa sahaja calon yang dinamakan oleh pucuk pimpinan BN. Rasa seperti PPP ingin menjadi calon di situ. Senario politik di Bukit Gantang getir kali ini. Kebijaksanaan Pemimpin terutama Datok Seri Najib diharapkan akan memberi satu harapan kepada penduduk Bukit Gantang.
Pas yakin akan menang mudah kali ini.