Ahad, 8 Februari 2009

Wajarkah Mic meminta jawatan Speaker?

Samy Vello dan masyarakat India Malaysia khususnya Perak tidak patut meminta Menteri Besar Perak menyerahkan jawatan Speaker untuk diberikan kepada MIC.

Di mana mereka semasa kerajaan BN kalah di tangan Pakatan Rakyat. Rata-rata yang saya lihat mereka sudah beralih arah dengan menyokong PR. menyokong Hindraf, dan juga Majlis Peguam yang terang-terang menentang kerajaan BN.

Hari ini apabila Umno mengalih alih mereka kembali memberi sokongan kepada BN. Tahniah juga kerana sedar awal. Peringatan seterusnya ialah mereka harus ingat dan jangan menjadi lalang. Di Taiping ada beberapa cawangan Mic dengan sengaja memalukan Bn dengan menjadi ahli kelab penyokong Pas dan juga Pas bersekutu.