Khamis, 12 Mac 2009

Gerakan Mansuh PPSMI macam Red Indian dapat senapang


Dulu-dulu seronok tengok cerita koboi, orang putih selalu diserang oleh kaum asli Amerika yang di kenali sebagai Red Indian. Red Indian di cop sebagai ganas dan tidak berperikemanusian. Red Indian menggunakan panah ataiu busar untuk menentang orang Inggeris. Akhirnya oran.g Indian juga mendapat senapang yang dirampas dari kaum penjajah.

Orang putih putih pun pandai buat peribahasa, "Macam indian dapat senapang, tembak merata ikut suka hati". Pagi tadi dapat idea ini, rasa tak salah kalau kongsi bersama. Nak dikaitkan dengan kesilapan Gerakan Mansuh PPSMI. Saya akui ada sedikit sebanyak perlaksanaan program ini ada kelemahannya.

Dr Hassan Ahmad dan PR tak kaji habis-habis apa masalahnya, yang dia tahu PPSMI kena hapuskan atas faktor bahasa dan akta 152. Itu saja modal mereka. Ceramah sana sini mencari sokongan. Pas bagaikan lembu dicocok punggung menonong ikut. Ikut tanpa usul periksa, asal saja untuk menentang Umno semua halal. Agaknya satu hari kalau Dap harbi ajak yamseng dulu sebelum demontrasi , mereka pun setuju. Dulu Hindraf kristian ajak usung lilin malam Sabtu pun mereka ikut.

Apa yang saya perhatikan projek ini ada kelemahan dan kekurangan, tetapi ia masih boleh dibaiki. Saya telah meminta beberapa rakan yang bekerja sebagai guru supaya membuat kajian secara rawak sama ada pelajar-pelajar yang terlibat dengan PPSMI menyatakan pendirian mereka samada penyokong atau menentang program ini. Hasil kutipan data dari rakan-rakan guru di sekolah menengah dan rendah menunjukkan 85 % bersetuju dengan projek ini. 15% yang tak setuju memberi alasan mereka kurang faham bahasa Inggeris. bukan kerana kelemahan sukatan pelajaran atau kelemahan sistem.Saya melihat kelemahan program ini dalam sudut yang berlainan, iaitu prasarana dan tenaga pengajar.

Setelah 6 tahun sistem IT masih belum lengkap. Setiap kelas kementerian cuba melengkapkan sistem bunyi, skrin layar dan juga dan memancar LCD. Itu pun belum 100% siap. sofware yang dihantar juga banyak tak boleh berfungsi. PC banyak rosak dan kecurian. Masalah anti virus, yang tidak diperbaharui lesen dan berbagai lagi.

Masalah lain ialah tenaga pengajar.Guru yang kurang mahir bahasa Inggeris tapi masih ingin mengajar PPSMI kerana wang elaun yang lumayan. Golongan ini hanya mementingkan wang dan tidak berusaha memajukan diri menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Gerakan Mansuhkan PPSMI melihat dari sudut apa? sehingga sanggup mendesak kementerian menghentikan program ini. Adakah mereka membuat soal selidik atau pun hanya terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Mereka menentang tanpa alasan yang kukuh. Main serkap jarang saja. sama seperti pepatah red indian dapat senapang, tembak suka hati, peluru habis burung tak mati.