Malaysia diperintah oleh kerajaan BN yang mana Umno menjadi tunjang kekuatan BN. Umno juga telah mendaulatkan sistem kerajaan "Raja berpelembagaan".
Umno juga telah meletakkan negara sebagai sebuah negara Islam dan dunia mengakui negara ini adalah negara Islam contoh, dan telah menjadi ahli O.I.C sejak mula penubuhannya. Warganegara dari keturunan bukan melayu bebas mengamalkan pegangan masing-masing tanpa disekat hak mereka untuk beramal dan mempraktikan amalan mereka.
Sejak zaman Parameswara lagi orang melayu mestilah beragama Islam. Amalan ini kekal sehingga hari ini. Oleh itu di Perak disebut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Ini menjelaskan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam kecuali kaum melayu asli.
Islam negara ini ialah Islam Sunnah wal jamaah yang berpegang kuat kepada Quran dan Hadis, telah menjadi halangan kepada musuh-musuh Islam yang bergerak cergas di negara ini.
Selagi Umno berkuasa, selagi itulah gerakan-gerakan musuh Islam akan rasa terancam dan tidak selamat. Sukar bagi mereka untuk menyebarkan ajaran mereka kepada umum. Oleh itu Umno dan BN perlu ditumbangkan.
DSAI dilihat liberal dalam soal ini, beliau menyokong sistem pluralisme agama. Walaupun semasa muda beliau adalah orang kuat ABIM tetapi ia hanya tiket atau batu loncatan saja untuk mencari pengikut.
Malaysia dipenuhi dengan pelbagai jenis ajaran sesat yang giat mengembangkan ajaran mereka. Kegiatan mereka juga kerap dihalangan oleh Jakim dan majlis-majlis Islam peringkat negeri. Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk membenteras ajaran-ajaran yang telah dikenalpasti sebagai sesat, namum usaha membenteras kurang berjaya kerana gerakan mereka ternyata lebih licik dan teratur.
Ajaran Abuya sampai ke hari ini masih berjalan aktif dengannama-nama yang selalu ditukar ganti untuk mengelakkan diri dari di kesan oleh pihak berkuasa. Ajaran Ayah Pin pun belum terhapus 100% selagi ada pengikutnya. Rasul Melayu di Hulu Kelang pun masih hidup walaupun nyawa-nyawa ikan.
Nama lain seperti Ajaran Qadiani, Tarekat Ibrahim Bonjol, SYIAH yang banyak dalam PAS, Ajaran Bahtera Nabi Nuh, Ajaran Naqsyabandiah, dan berbagai-bagai nama lagi amat sukar dihapuskan.
Pada pandangan saya, pengikut-pengikut ajaran sesat ini tidak akan menjadi ahli Umno kerana Umno dikategorikan sebagai musuh mereka. Mereka akan menentang kerajaan dan menjadi pengikut PKR, Syiah akan bersama Pas (Pemimpin Pas juga ramai yang berpegang kepada Syiah) dan mungkin juga ada segelintir melayu yang bersama Dap.
Lembah Kelang yang menjadi lubuk ekonomi pelbagai kaum Melayu dilihat sebagai kawasan yang paling banyak wujudnya amalan-amalan ajaran sesat ini. Tidak hairanlah jika mereka dilihat terlalu agresif dan ekstreem dalam gerakan menentang kerajaan yang ada. Kalau dahulu mereka tidak memiliki peminpin dan parti yang sesuai dengan jiwa mereka, hari ini mereka sudah boleh bermegah dan berbangga dengan adanya parti PKR.
...