Antara dua bukit dan satu batang, bukit P59 lah yang menjadi tumpuan. Pelbagai spekulasi telah dimainkan oleh pihak yang ingin memenangi PRK terutama dari puak balik sana.
Paling panas diperkatakan ialah calon yang bakal bertanding. Mereka lebih gemar menamakan Tan Sri Dr Jins Samsudin, kerana beliau ialah Senator dan mereka ingin melihat karier politik beliau akan berakhir seperti mana calon P036.
Walaupun Jins layak untuk bertanding namum masih ada calon lain yang yang boleh dicalonkan. Bukit Gantang dari dahulu lagi tidak pernah ketandusan pemimpin. Ramai yang masih boleh diketengahkan untuk menjadi pemimpin rakyat atau wakil rakyat kepada rakyat.
Dalam pautan di sebelah kanan , atas saya meletakkan dua nama atau tokoh yang disebut-sebut sebagai calon P59. Tidak perlu saya mengulas panjang mengenai mereka. Lihatlah personaliti mereka dan buatlah inferen dan penilaian anda. Yang terbaik sudah tentu bukan dari balik sana.
Ulama dan umarak mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam yang tinggi. Tidak guna bergelar Ustaz atau ulama tetapi mempunyai kecenderungan ke arah mencela, menghina atau menfitnah sesama agama.,