Selasa, 10 Mac 2009

Panas hari ini

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak menghentikan perbalahan dan demonstrasi jalanan yang menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah bahawa sudah timbul usaha daripada pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan Melayu di negara ini.

Baginda bertitah, betapa malangnya bangsa apabila berlaku tindakan yang mahu menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu.


Ahli Parlimen Permatang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ketika kes itu disebutkan untuk ditetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau dengan nada keras mengulangi kata-kata bahawa pertuduhan itu satu fitnah jahat dan minta dibicarakan.
Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini dicabar pada persidangan Dewan Rakyat supaya mengulangi dakwaannya di luar dewan kononnya Pemuda Umno menghantar dua butir peluru kepadanya, baru-baru ini.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menetapkan enam hari bagi perbicaraan 21 individu termasuk tiga wakil rakyat DAP yang menghadapi tuduhan terbabit dalam perhimpunan haram dan mengingkari perintah bersurai pada Oktober tahun lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah memohon cuti daripada menghadiri persidangan Penggal Kedua DUN Selangor ke-12.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) di sini hari ini mengumumkan empat persoalan berperlembagaan perlu ditentukan Mahkamah Persekutuan dalam pertikaian undang-undang antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir