Selasa, 10 Mac 2009

PPSMI LAGI 10/3/09

PPSMI terus dipertikaikan, malah ada suara sumbang yang mahukan Menteri Pelajaran meletakkan jawatan jika PPSMI tidak dimansuhkan. Sebagai seorang pelajar IPTA, saya berasa amat sedih dan terkilan dengan situasi ini.

Saya mengakui sewaaktu pertama kali program ini diperkenalkan pada 2003, saya dan rakan-rakan mengeluh kerana kami hanyalah budak kampung yang cetek ilmunya dalam bahasa Inggeris (BI). Malah kami tidak pernah terfikir untuk mendalami BI dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Kami amat risau akan ketinggalan dalam subjek Sains dan Matematik yang akan diajar dalam bahasa Inggeris. Begitulah pemikiran anak kampung ketika itu.

Setelah saya mula mempelajarinya, saya merasakan pembelajaran kedua-dua subjek ini amat menyeronokkan malahan lebih mudah. Dengan semangat yang membara, kami nekad untuk memajukan diri dan mengubah nasib keluarga.

Alhamdulillah, saya dan rakan berjaya memperoleh 8A dalam PMR (2005) dan 9A1 dalam SPM. Ramai dikalangan kami yang diterima masuk ke IPTA dan menerima bantuan biasiswa daripada Mara dan JPA .

Walaupun ada diantara kita yang berasal dari desa, diceruk pedalaman dan sebagainya, ia bukanlah alasan untuk tidak berjaya sekiranya PPSMI diteruskan.Program ini merupakan salah satu platform awal untuk para pelajar membiasakan diri dengan BI.

Mengikut kajian, umur yang paling baik untuk menyerap dan mempelajari sesuatu bahasa dan ilmu ialah pada usia 3 hingga 9 tahun. Kakak saya pernah mengadu bahawa dia mengalami kesukaran belajar di universiti yang subjeknya di ajar dalam BI kerana dia tidak pernah didedahkan dengan penggunaan BI yang luas di peringkat sekolah rendah kecuali sewaktu kelas BI sahaja

Kakak saya juga sering meminta bantuan saya sekiranya ingin membuat ayat dalam BI. Cuba bayangkan jika program ini dimansuhkan , anak-anak melayu kampung tidak akan dapat menguasai BI kecuali masa kelas BI sahaja. Apabila mereka ditawarkan tempat belajar di luar negara, adakah bahasa melayu akan menjadi bahasa pertuturan?

Saya tidak faham kenapa Gapena membantah PPSMI. Tindakan mereka sebenarnya akan memundurkan bangsa Melayu sendiri.

Sekiranya mereka memperjuangkan bahasa, mengapa tidak mempersoalkan majikan yang ,mengenakan syarat calon mestilah menguasai bahasa cina atau mandarin. mereka seharusnya perjuangkan agar bahasa melayu digunakan di papan-papan tanda di Pulau Pinang. Selain itu, mengapa Gapena tidak mengambil tindakan terhadap program tv yang menggunakan bahasa rojak.

Mempelajari BI tidak bererti kita mengenepikan bahasa kebangsaan. Ia tetap bahasa utama dan bahasa rasmi negara.

WEE NAJIE