Rabu, 4 Mac 2009

SOK SEK DI PERAK SELEPAS 3 MAC

Kisah persidangan DUN bawah pokok (mb yb Nizar) telah pun selesai semalam. Semua orang PR bersetuju dengan 3 usul yang dibawa dalam persidangan tersebut.

Mereka juga menyatakan injunksi yang dikemukakan oleh Zamry tidak sah di sini undang-undang. (apa tugas dan fungsi mahkamah jika keputusan ditolak.

PR juga persoalkan kenapa injuksi diperolehi dengan cepat. Kenapa permohonan saman Nizar di Mahkamah Tinggi mengambil masa. So kehakiman pun tak betullah..(yang Nizar pun satu, baloq, di Ipoh pun ada mahkamah tinggi , kenapa bawa kes ke KL, baik bawa ke mahkamah dunia di Hague Belanda, lagi kaw-kaw)

Satu perkara yang dipersalahkan kenapa polis menghalang dari persidangan diadakan di dewan DUN di SUK. Polis mengikut arahan dan telunjuk siapa? Apakah tugas dan peranan polis? Kenapa polis membela BN?

Bab polis nak jawab mudah saja. Polis tu di sebut PDRM. maksudnya Polis Di Raja Malaysia, Tugas mereka menjamin keamanan dan keselamatan rakyat. KeRAJAan meletakkan polis di bawah KDN,dan tanggungjawab Tan Sri Musa Hassan lah untuk menjaga keselamatan rakyat.Besar tugas yang dipikul oleh beliau. PR sepatutnya berterima kasih kerana tidak ada yang cedera atau mati kena belasah.

Soal 3 usul yang diluluskan oleh DUN tu tak perlu dimegahkan, Sultan tidak akan menerima usul Nizar. Boleh balik tidurlah,,,,wahai kerajaan Pasir Dua Butir.

PR hari cuba mengaitkan dengan Perkida, kononnya Perkida dan SB cuba mencetuskan pergaduhan.

Mana ni pergi samseng-samseng Pas yang pakai baju merah. Pas ada kumpulan samseng yang disebut Unit Amal. mana perginya....atau takut bila tengok FRU.