Rabu, 4 Mac 2009

Malaysia sebuah Negara islam

Ulama telah mendefinasikan Malaysia sebagai sebuah Negara islam kerana ciri-ciri berikut;

1. Sejak pemerintahan kesultanan Melaka (Malacca) dan sejak penemuan batu bersurat lagi Negara telah mengamalkan dasar pemerintahan secara islam

2. Ketua pemerintahan Negara dipegang oleh orang Islam.

3. Malaysia masih didiami oleh orang-orang islam sebagai pemunya atau penduduk awal.

4. Umat islam bebas mengamalkan syariat islam malah kerajaan membantu dalam segala urusan syariat islam.

5. Kerajaan yang ada sentiasa berusaha untuk meningkatkan ibadah, munakahat dan muamalat di seluruh negeri.

6. Pendidikan islam diajar dari peringkat rendah hinggalah peringkat university dan sentiasa ditingkatkan mutu pendidikan islam. Seperti mengadakan kelas fardu ain, (Kafa) J-Qaf , fakulti pengajian islam di univeristi dan kolej. Bahkan pengajian islam menjadi matapelajaran yang wajib di dalam universiti tempatan.

7. Menubuhkan mahkamah syariah untuk kes-kes yang berhubungan dengan keluarga islam dan hasil keputusan tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.

Pas dan Dap sentiasa menuduh Malaysia bukan Negara islam dan mengamalkan sekularisme. Untuk mencirikan sebuah Negara sekularisme maka ia mempunyai cirri-ciri seperti berikut.

1. Menolak kepercayaan adanya Tuhan, segala-galanya berpusatkan kepada hukum alam semata-mata.

2. Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati.

3. Agama dan dunia terpisah secara mutlak.

Usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan sebagai tanggungjawab.

1. Menjaga kepentingan agama serta urus tadbir negara dan rakyat

2. Mengurus pemerintahan adalah kewajiban dalam agama islam, jika tidak ada pemerintah islam, maka islam tidak dapat ditegakkan.

3. Memelihara agama dari sebarang bentuk pencerobohan fahaman dan ajaran yang memesongkan akidah. Islam Malaysia berpegang kepada Al-Quran dan as-Sunah serta akidah Ahli Sunah Wal Jamaah.

4. Melantik jemaah menteri bagi membantu ketua negara , dalam hal ini islam mengukum harus dalam melantik bukan islam yang menjadi warganegara sebagai menteri.

5. Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara.

6. Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

7. Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya.

8. Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur.

9. Menguruskan hal ehwal zakat secara sistematik.

10. Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara.

11. Menguruskan sistem pentadbiran awam dengan cemerlang.

12. Membenteras jenayah dan sebagainya.

Kewajiban rakyat terhadap pemerintah.

1. Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga.

2. Bersedia menolong pemerintah dalam melaksankan tanggungjawabnya.

3. Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti mengganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara.

4. Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

5. Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara.