Nampaknya roti Masimo milik multi billionaire Mr RK telah menguasai atau mendominasi rak roti Gardenia. Sekali pandang memang tak ada apa-apa pun. Dua kali pandang ia membawa banyak persoalan.
Persoalan atau andaian ialah roti gardenia lebih laris dari masimoo, daripada rak gardenia menjadi kosong, pekedai cuba mengelirukan pembeli dengan meletakkan roti massimo.
Andaian kedua ialah pekedai tersebut telah menyorokkan roti gardenia supaya tak dibeli orang dan hanya menjual roti pesaingnya.
Mungkin tuan-tuan yang membaca boleh membuat andaian sendiri mengenai gambar di atas. Ia dirakam oleh seorang rakan twitter di sebuah kedai franchise yang bernama MyNews di Kuala Lumpur.