Rabu, 8 Februari 2012

TETAMU ALLAH MADRASAH SALIHIAH : SESI PENERANGAN



Sebelum ini Pas mengutuk Umno yang merobohkan surau-surau penempatan setinggan di Selangor dan juga masjid ala gereja di Bujal Terengganu.

Lantas Pas mengeluarkan fatwa Haram merobohkan surau dan masjid. Pas mengutuk tindakan Umno. Malah isu meroboh masjid bujal yang dibuat secara haram menjadi modal Pas untuk beberapa tahun.

Pas sendiri mengharamkan sebarang usaha merobohkan surau dan masjid samaada di tanah setinggan atau tanah wakaf.

Usaha Pas untuk merobohkan surau atau madrasah salihiah di bandar Alor Star lebih menyedihkan. Ini kerana bukan sahaja surau dirobohkan tetapi tanah wakaf juga telah dijual kepada pihak bukan Islam untuk membangunkan tanah tersebut secara komersial.

Konon cerita di dalam komplek itu akan dibina surau atau musalla. Harus diingat bahawa surau di dalam komplek perniagaan tidak sama tarafnya dengan surau yang berdiri sendiri.