Khamis, 18 Februari 2010

Bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya Malaysia

Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan posisi anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dan adik kepada Najib Razak, Datuk Nazir Razak sebagai antara individu terkaya di Malaysia, mereka ramai yang tidak tahu bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.
Bapa DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.
Berita Harian ( 8 December 1998 ) melaporkan;
Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat
KUALA LUMPUR, Isnin – Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membisu terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.
Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.
Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 sebagai berkata;
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.
Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.
Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.
Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman.
109. Dato’ Hj Ibrahim B Abdul Rahman Nissan Industrial Oxygen Incorporated Bhd 3,790,500.00 10/6/97
Lam Soon Huat Development Bhd 400,000.00 4/3/85
Industrial Oxygen Incorporated Bhd 2,000,000.00 24/04/1993
- sumber mykmu.net
Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.
Puak pembangkang begitu seronok bercerita tentang kekayaan ahli keluarga Tun Dr.Mahathir Mohamad dan DS Najib Razak, tanpa menyedari bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini. Bagaimana boleh kaya? Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.
Filed under: Anwar Ibrahim 

Dari blog 

17 ulasan:

  1. salam..mantap...
    juak anwar al juburi nak kata apa pulak??? he he he.....ni bukan satu malah berduyun juak anwar yang kaya raya.....he he he

    BalasPadam
  2. Patut la tanpa malu2, segan2 dan berjuang bermati-matian memelihara, mengangkat dan mejulang selain menjilat ponggong nuar jubur ni..kayer ropernyer yeop!! agak2 berapa blog pencacai nuar ni dapat bayaran untuk musnahkan imej kerajaan??

    BalasPadam
  3. Sebab itulah ramai nak join UMNO ,bermacam macam dapat.Cuba dok diam diam dan kaji balik kenapalah kita tak dapat semua tu.Buat masa ni amalan tersebut lebih giat lagi sebab ekonomi kita telah berkembang lebih dari tahun 1998.Cuba tengok ahli parti kita yg berkedudukan anak anak dia pakai kereta Ferari,Lamborgini dsb.Cuba chongak gaji ahli parlimen atau menteri berapa puluh tahun kalau di simpan untuk membeli sebuah kereta Lamborgini.Olih itu janganlah bangkitkan perkara perkara yg boleh memakan diri kita apabila memburukkan orang lain.

    BalasPadam
  4. Utk aku, keta tidak menunjukkan kekayaan seseorang la bro..... Bukan bayar cash pun, semua tu hutang je. Keja kilang pun leh pakai Honda Accord yg kuat mentedarah minyak tu. So, kira diaorg tu kroni MD kilang tu ke??? Kalau pakai keta Proton plak, dari dpn sampai belakang bikin habis. Kira kerja kilang tu kategori executive ke? Operator je! Tak payah la nak congak2 lagi pendapatan diaorg yg berkedudukan ni, terang2 beli keta berhutang. Mana ada cash! Org kaya kurang cerdik je yg beli keta pakai cash, tau! Bab kroni ni, tak payah ckp la. Baik kerajaan, maupun pembangkang, sama je! Nak kata pembangkang bersih.... jiran aku kat NS tu apasal plak leh dpt projek kat Selangor? Dah kroni PKR, nak kata apa ya tak. Biar je la. Dulu ckp dgn aku bukan main lagi! taknak projek atas sbb kroni ni, takut makan hak org. Benci UMNO sbb suka buat mcm ni! Bila PKR perintah Selangor, dpt projek kat Selangor plak tu! Tak ke, tu terang2 makan hak org Selangor!

    BalasPadam
  5. Anom 6.33 Cuba chongak 1 lamborghini campur 2 mercedes...bayaran bulanan untuk 7 tahun adalah $80,000 Rm sebulan...Gaji menteri Rm $15,000 SEBULAN.Jadi di mana nak cekau yg selebihnya tu.Bgi pekerja kilang gaji Rm $ 2,000/ tapi hutang kereta hanyalah RM $400/ je jadi tak payahlah nak chongak kerana pejam matapun boleh bayor.

    BalasPadam
  6. Takde isu lain kah untuk memburukkan Anwar? Ada satu sumber bagitau balu sepupu kepada emak mentua adik dia ada pegang saham dalam Telekom dan cucu angkat dua pu[pu sebelah emak saudara isteri dia ada kontrak supply minyak ke luar negara...

    BalasPadam
  7. salam ziarah

    mohon link kat blog buaya...

    tq

    BalasPadam
  8. Ingat tadi..berjela-jela senarai syarikat yg nak ditunjukkan...rupa2nya tiga je...hihihihiiii tak perlulah nak melaung-laung dlm blog ni...juak-juak BN je yg percaya. Ada jutawan wanita dinegeri China...hanya dgn buat kitar semula sampah pun boleh jadi kayaraya. Yg kita gadoh2 dan mencacai dlm blog ni boleh jadi kayarayakah???????? Yg untung rakyat ker atau nak selamatkan mereka jer?

    BalasPadam
  9. semasa dia menjadi menteri kewangan, Bank Negara kerugian 5 billion ringgit. Kononnya rugi untuk menyokong nilai ringgit, tapi aku agak tidak begitu, wang itu dia sapu masuk koceknya dan diagih-agihkan untuk koncu-kuncunya.

    BalasPadam
  10. kita bakor....kita bakor jew....

    BalasPadam
  11. Babi tol la kalau kerugian tu disebab agihan ke poket masing masing..kimak ko nuaaaaaaaar...kimak ko ko orang PAS kat JKR midvalley tingkat 17

    BalasPadam
  12. kah....kah....kah...nuar al jubri tuh selalu sgt meludah kelangit laa...

    BalasPadam
  13. Kroninya ada yg sampai berada di Afrika Selatan utk jaga kepentingannya. Salah seorang keluarga kroni ini tinggal di Kelana Jaya. Katanya orang itu tak berani balik ke Malaysia sampai sekarang takut rahsia terbongkar. Sebab itu Anwar tak risau ramai yg boleh tanggung dia. Dia orang ini sudah kenyang sejak dulu sebab itu terus menyokong Anwar kerana terhutang budi. Cakap orang lain ada kroni, tapi sebenarnya dia bapa kroni! Lihat sahajalah, bukankan dia selalu ke luar negara. Dalam satu bulan berapa kali!

    BalasPadam
  14. tak sekaya mahathir...proxi lagi ramai...one of the richest in the world...

    BalasPadam
  15. tak sekaya mahathir anak beranak...

    BalasPadam
  16. najib adik beradik pun on the way...

    BalasPadam
  17. duak2 parti ya xpat d cayak... duak2 pun sama jak... bagus polah parti baru jak...

    BalasPadam