Rabu, 13 Mei 2009

13 Mei yang memilukan

Setiap kali 13 Mei berulang, taipingmali berasa sayu dan pilu bila mengimbau peristiwa tersebut.Taipingmali berada dalam keadaan yang amat keliru dan menakutkan ketika itu.

Bayangkan anda tidak dapat berhubung dengan saudara mara terutama yang berada di Kuala Lumpur tempat bermula rusuhan kaum. Pada ketika itu kita hanya berhubung melalui surat biasa, atau telegram. Tiada sms, tiada 3G, tiada yahoo msg, tiada facebook .

Talipon (telefon) ketika itu tiada direct line. kena sambung ke opertor talipon jika membuat panggilan antara negeri. nombor talipon ketika itu hanya 3 dan 4 digit nombor saja. tu pun bukan semua orang ada ketika itu. hanya mereka yang tinggal berhampirann bandar saja ada.

Talivesen (televisyen) ketika tu tak ramai orang yang memilikinya. yang menjadi sumber maklumat hanyalah transister radio yang telah menggantikan valve radio yang mahal tu.

Hospital kerajaan juga ketika itu amat daif. sebelum kita ke klinik atau ke hospital kita hendaklah membawa botol kosong ( bukan untuk kencing) tetapi untuk diisi ubat oleh farmasi ketika itu. Kalau tak ada botol tak ada masalah sebab di luar bilik ubat ramai aci-aci (perempuan india) yang cari makan dengan menjual botol kosong

Jalan raya ketika itu juga tak canggih seperti ini, bayangkan jalan dari Taiping ke Kuala Lumpur dan dari Kuala
Lumpur ke Pahang dan ke Kelantan ketika itu. Kalau anda menyatakan jalanraya ketika itu lebar dan lurus bermakna anda salah.

Kalau nak rasa pergilah ke Genting Sempah masuk R&R dan masuk jalan ke Janda Baik. beberapa kilometer anda akan rasakan suasana jalan zaman itu. Arwah datuk saya pula pernah bercerita kepada saya dia menggunakan gajah dan kereta lembu untuk bergerak dari satu daerah ke satu daerah. Siap masak nasi sekali dalam petadinya. Itu sebelum ada jalan berturap tar dan sebelum beliau membeli Ford Model T.

Hari ini selepas 52 tahun merdeka kita hidup dalam suasana serba mewah dan canggih. Sebut saja apa yang kita mahu semua tersedia di hadapan kita. Tu pun Pas kata 50 tahun rakyat ditipu. Yang saya faham Pas yang 50 tahun menipu rakyat dengan agenda Islam mereka. Tetapi Nizar Tri-Star sendiri telah mendedahkan penipuan Pas dalam dewan DUN Perak baru-baru ini.