Rabu, 13 Mei 2009

LAGI MENGENAI PERAK

Andaikata BN memerintah Perak selepas PRU12 dan BN mempunyai kerusi sebanyak 30 dan PR 29 kerusi dan tiba-tiba 4 Adun BN mengisytihar keluar parti dan menyokong PR. maka Nizar atau Ngeh mengadap Sultan untuk menubuhkan kerajaan dan Sultan bersetuju. Maka Nizar atau Ngeh pun atau sesiapa saja melayu dan Dap akan menjadi Menteri Besar.

Maka BN dengan sendirinya kehilangan majoriti dan MB BN akan mengundurkan diri seperti mana yang berlaku di Sabah. dalam kes Pairin Kitingan. Keputusan Sultan dihormati. Begitu juga halnya dengan Pairin akur dengan keputusan Gabenor atau Yang DiPertua dan Agong.

Selesai masalah. tutup buku dan kita tunnggu PRU akan datang. Begitu juga halnya di Kelantan. BN kalah kepada Pas dalam margin yang amat kecil. Andai 2 adun Pas melompat Parti BN boleh menubuhkan kerajaan pada 2004. BN juga tidak menuduh Pas menipu dalam PRU.

Saya tahu Pas Perak juga tidak melompat jika tidak dicucuk oleh Tri-Star Perak. Buktinya semasa Hakim Mahkamah Tinggi hendak mengumumkan keputusannya Isnin lepas mereka telah berkumpul di tempat-tempat tertentu seperti kedai-kedai kopi dan restoran untuk meraikan kemenagan mereka dan ia menjadi kenyataan bila Nizar menang 2-0.

Nizar menang dan tahu dia hilang majoriti di dewan dan misi serta visi beliau hanyalah satu , iaitu mengadap istana untuk memohon supaya diadakan PRU lagi. sama lah tuntutan Tri-Star di Selangor yang kalah 1 kerusi pada tahun 1969.

So siapa untung dan siapa rugi. Menang jadi arang, kalah jadi abu, melayu diberikan pakaian indah tetapi sayang ia hanyalah sehelai pakaian kertas dan bila kena air hujan , telanjang bulat jadinya.

Lu P-kir lah sendri......