Rabu, 13 Mei 2009

ISTIMEWA HARI INI..DARI CATATAN 13 MEI

Catat Ulasan Pada: TAIPINGMALI

"13 Mei yang memilukan"

4 Ulasan - Sembunyikan Catatan Asal

Setiap kali 13 Mei berulang, taipingmali berasa sayu dan pilu bila mengimbau peristiwa tersebut.Taipingmali berada dalam keadaan yang amat keliru dan menakutkan ketika itu.

Bayangkan anda tidak dapat berhubung dengan saudara mara terutama yang berada di Kuala Lumpur tempat bermula rusuhan kaum. Pada ketika itu kita hanya berhubung melalui surat biasa, atau telegram. Tiada sms, tiada 3G, tiada yahoo msg, tiada facebook .

Talipon (telefon) ketika itu tiada direct line. kena sambung ke opertor talipon jika membuat panggilan antara negeri. nombor talipon ketika itu hanya 3 dan 4 digit nombor saja. tu pun bukan semua orang ada ketika itu. hanya mereka yang tinggal berhampirann bandar saja ada.

Talivesen (televisyen) ketika tu tak ramai orang yang memilikinya. yang menjadi sumber maklumat hanyalah transister radio yang telah menggantikan valve radio yang mahal tu.

Hospital kerajaan juga ketika itu amat daif. sebelum kita ke klinik atau ke hospital kita hendaklah membawa botol kosong ( bukan untuk kencing) tetapi untuk diisi ubat oleh farmasi ketika itu. Kalau tak ada botol tak ada masalah sebab di luar bilik ubat ramai aci-aci (perempuan india) yang cari makan dengan menjual botol kosong

Jalan raya ketika itu juga tak canggih seperti ini, bayangkan jalan dari Taiping ke Kuala Lumpur dan dari Kuala
Lumpur ke Pahang dan ke Kelantan ketika itu. Kalau anda menyatakan jalanraya ketika itu lebar dan lurus bermakna anda salah.

Kalau nak rasa pergilah ke Genting Sempah masuk R&R dan masuk jalan ke Janda Baik. beberapa kilometer anda akan rasakan suasana jalan zaman itu. Arwah datuk saya pula pernah bercerita kepada saya dia menggunakan gajah dan kereta lembu untuk bergerak dari satu daerah ke satu daerah. Siap masak nasi sekali dalam petadinya. Itu sebelum ada jalan berturap tar dan sebelum beliau membeli Ford Model T.

Hari ini selepas 52 tahun merdeka kita hidup dalam suasana serba mewah dan canggih. Sebut saja apa yang kita mahu semua tersedia di hadapan kita. Tu pun Pas kata 50 tahun rakyat ditipu. Yang saya faham Pas yang 50 tahun menipu rakyat dengan agenda Islam mereka. Tetapi Nizar Tri-Star sendiri telah mendedahkan penipuan Pas dalam dewan DUN Perak baru-baru ini.
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Taiping...

Buat pertama kalinyer aku bersetuju dengan pernyataan ko nih. Siapa yang mahu peristiwa 13 Mei nih berlaku lagi. Walaupun aku tak lahir lagi masa tu, tapi aku dapat rasakan betapa peritnya. Ko mungkin dah lahir masa tu sebab ko dah tua (Jangan marah, aku gurau jer) mungkin ko faham keperitan ketika itu.

Tetapi kenapa ada golongan orang Melayu kita mahu peristiwa 13 Mei nih berlaku. Kenapa nak benci bangsa lain. Kenapa nak membunuh. Kenapa perlu nak tikam dah bunuh bangsa lain. Tak boleh kita duduk dalam keadaan yang aman seperti sekarang.

Secara seriusnya, masa aku pegi duduk dengan kawan-kawan aku kat Jelapang masa 2 Mac yang lepas, bila kawan-kawan aku kata kita mesti buat kacau supaya 13 Mei berlaku lagi, aku naik meluat. Masalahnya yang cakap itu, orang Melayu kita. Sama adik-beradik. Aku ambik keputusan, pergi dari situ dan tak mahu lagi join. aku cukup benci dengan orang yang suka dan mahu 13 Mei tu berlaku. AKU NAK MALAYSIA NIH AMAN. Semua perkara boleh dibawah berbincang. Boleh table talk. Kita dah matang.

2009 Mei 13 11:46

Padam
Blogger tabuan berkata...

bro kita punya tajuk hampir sama la...

Tanpa nama 11.46
Kita jangan lupakan kan penyapu besar yang di arak di tengah kota..
apa tujuan penyapu tu..

Tapi sedih la sekarang parti yang mera ai kan kemenangan dan tercetusnya pergaduhan itu kina sudah menjadi kawan dakapan tidur di kalangan kita.

Lu fikir la sendiri

2009 Mei 13 14:16

Padam
Blogger Anak Melayu berkata...

Sdr Taipingmali,
Kita bukan saja patut ingat pd 13 mei 69,tapi juga patut ingat pada kejadian HARTAL di Pulau Pinang sebelum 13 mei 69 di KL.Ini berlaku disekitar pertengahan 1967.Masa ni duit kertas kita yg baru ada gambar DYMM YG DiPertuan Agung yg pertama kali telah diperkenalkan, menggantikan duit kertas gambar kapal layar untuk satu ringgit dan gambar kerbau membajak sawah utk duit sepuluh ringgit.Dan gambar queen Elizaberth utk 5 ringgit.Apa yg mahu saya bangkitkan ialah wang kertas baru ini telah diconteng contengkan dgn kata kata nista,dan maki hamun termasuklah gambar Agung,kerana apa?kerana kononnya Melayu tidak layak menjadi simbol diwang kertas tersebut.Siapa punya angkara ini? Saudara tentu tahu siapa yg jadi majoriti nya di Pulau Pinang!Org Melayu masa itu amat rasa terhina dibumi sendiri dgn kata2 nista di pasar,kedai dan dimana saja. Ini lah puncanya terjadi peristiwa HARTAL di P Pinang iaitu rusuhan kaum.Peristiwa ini tidak banyak atau tidak langsung tercatit dlm buku sejarah tetapi tetap ada dan berlaku dlm lipatan sejarah negara kita yg tercinta ini,tanyalah org2 lama,mereka pasti tahu.
Kita bukan mahu peristiwa ini berulang macam 13 Mei spt kata TANPANAMA tetapi kita mahu ingatkan anak cucu kita, siapa kita sebenarnya dan kenapa kita harus mempertahankan Kesultanan Melayu dan Ketuanan Melayu dan siapakah yg mempertahan kan Malayan Union?DAP kah?PASkah?PKR kah? masa itu ? Kalau bukan UMNO!
Masing2 kaum ada haknya sendiri ikut perlembagaan kita,tetapi kita tidak lagi sanggup menerima penghinaan demi penghinaan termasuklah apa yg terjadi pd orang Melayu dan datuk nenek kita masa Bintang Tiga dahulu hanya beberapa bulan memerentah telah menjadi medan membalas dendam dan perkauman yg amat dahshat!Peristiwa di Perak sekarang kita perlu ambil sebagai satu iktibar.
Kita amat sayang Malaysia(Melayu Raya) dan hak kita harus dipertahankan.Wassallam.

2009 Mei 13 18:41

Padam
Blogger TAIPINGMALI berkata...

Ya, saya masih ingat ketika itu krisis wang 1967. Kerajaan telah mencetak syiling dan kertas tetapi ada pihak cuba mensabotaj pengeluaran wang dan wang tiada dipasaran.

Akibatnya wang syiling lama 1 sen jenis tembaga empat segi pun boleh digunakan.

Alangkah sengsaranya ketika itu. Tapi ia juga tidak berpanjangan seperti krisis 13 Mei.

2009 Mei 13 19:01

Padam