Selasa, 19 Mei 2009

Bila BN tak meletak calon di PRK Penanti.

Hari ini taipingmali mendengar pelbagai komen pengkritik politik di mana-mana termasuklah yang memberi ulasan dalam blog taipingmali.

Untuk pengetahuan tuan-tuan yang dihormati, taipingmali salute sepering kerana bijak memberi pesepsi masing-masing. Ada yang mengkategorikan BN terutama Umno sebagai bacul kerana enggan bertanding.

Jangan macam tu, BPN ramai yang memberi pandangan menyokong Perdana Menteri pada peringkat awal lagi bila mana DS Najib menyatakan kemungkinan BN tidak bertanding di Penanti. Bloggers BPN menyokong DS Najib. Atas beberapa alasan Bn tak perlu bertanding ialah kerana tak berminat dengan mainan politik Anwar. selepas PRU 12 , tiba-tiba penduduk Penanti terpaksa keluar mengundi untuk memilih Ahli Parlimen baru. tup-tup hari ini kena pilih Adun pula. Maknanya sudah 3 kali pengundi Penanti akan keluar mengundi. Andainya ahli parlimen P44 pula menjadi arwah esok atau lupa kena mengundi jugak lagi sekali,,..hehehe..

Satu lagi ialah kalau BN masuk bertanding dan menang pun wakil rakyat BN tidak dapat berbuat apa-apa kerna Dun Pulau Pinang dikuasai oleh Dap secara total. Pas dan Pkr hanya temukut di tepi gantang. Bijak Dap, dengan berbaik dan bekerjasama dengan Pas dan Pkr mereka berjaya menguasai Penang dan Perak. cuma di Perak kedudukan Dap tidak kuat berbanding BN.

Di Bukit Selambau pun hanya MIC yang beria-ria nak bertanding. Umno terpaksa bagi ruang kepada Mic. walaupun jika MIC menang ia sukar untuk mengubah senario politik Kedah.

Pas Kedah bijak berpolitik. Walaupun setahun lebih mentadbir negeri dan keadaan negeri semakin teruk. tetapi orang Kedah mendiamkan diri. Taipingmali berada di Kedah Sabtu lepas banyak perkara akan didedahkan. tunggu saja dalam post akan datang.

So janganlah mengkritik BN kerana tidak mengikut rentak atau yok orang PKR di Penanti. Sebenarnya ahli-ahli Pas danPkr sepatutnya melenting kerana isu Penati dikaitkan dengan bakal TKM. Sepatutnya TKM bukan datang dari Penanti . ramai lagi yang sedia berkhidmat dan sedia ada untuk dipilih menjadi TKM .

Taipingmali berpendapat ANwar akan meletak Azizah di Penanti. tetapi akhirnya mengubah pendirian dgn meletak seorang doktor juga menggantikan doktor gigi. Jika Azizah menjadi calon sudah tentu akan menjadi bahan ketawa dgn isu parti anak beranak. nepotisma .. parti sdn bhd...