Ahad, 31 Mei 2009

Chin Peng Pengganas Tegar (klik)



Ong Boon Hua (83 ) atau nama samarannya Chin Peng adalah Ketua Komunis Malaya( PKM) dia bukanlah rakyat Malaysia. Dia adalah rakyat Kerajaan Negeri Selat British. Tak ada alasan yang kukuh untuk membenarkan dia kembali dan mati di sini selepas dia melakukan terlalu banyak kerosakan terhadap tanah air. Chin Peng patut berasa malu untuk masuk Malaysia.

Sepatutnya no debate tentang ini. Hairan bagaimana ada pandangan untuk membawa dia pulang. Adakah idea ini datang dari kaum keluarganya atau pihak-pihak lain yang mempunyai agenda tersembunyi. Komunis Malaya memang cukup kejam tak ada perikemanusiaan.

Sedangkan jika kita baca tentang komunis luar negara ditangkap dan dibicarakan. Lihat saja Pol Pot Ketua Komunis Kemboja dan pengikutnya yang dihadapkan ke muka pengadilan kerana melakukan kekejaman yang amat dahsyat dalam era pemerintahan mereka 1975-1979.

Chin Peng sepatutnya berasa cukup bertuah dan selesa kerana kerajaan Malaysia tidak menangkapnya dan membawanya untuk dibicarakan di mahkamah seperti mana rejim Pol Pot. Kita sepatutnya menubuhkan satu suruhanjaya dan membicarakan kekejaman nya sewaktu Bintang 3 memerintah 14 hari dan sepanjang kegiatan mereka sehingga tahun 80an.

Masyarakat Malaysia hari ini terutama Melayu sudah terpahat dalam pemikiran bahawa PKM adalah pertubuhan kejam yang menentang Melayu dan Sultan, PKM cuba membesarkan ideologi dan empayar Komunis China. Penghijrahan besar-besaran kaum Cina dari Tanah Besar bukan sahaja kerana mencari pekerjaan atau kehidupan baru tetapi juga ada yang datang dengan tujuan untuk menyebarkan pengaruh komunis di Malaya ketika itu.

PKM berbeza dengan Komunis di Eropah. Mereka sudah berjaya memerintah melalui cara mereka. Bagaimana pun hari ini pemerintahan komunis Rusia , GermanTimur dan lain-lain telah tumbang atau bertukar corak pemerintahan tanpa pertumpahan darah.

Generasi muda hari kena faham akan kekejaman PKM melalui pembacaan atau dari kaum keluarga yang berusia lebih 60 tahun, lebih-lebih lagi dari bekas-bekas tentera yang menjadi mangsa kekejaman PKM pada tahun 8oan sebelum PKM menamatkan gerakan gerilla mereka hasil rundingan di Hatyai pada 1 Disember 1989. Itu pun bukan menamatkan terus perjuangan tetapi hanya gencatan sahaja.

PKM tidak dibubarkan hingga ke hari ini. Bermakna ideologi dan cara berperang PKM bukan lagi dengan senjata. Mereka mungkin membaharui agenda mereka melalui politik , perang cyber dan sebagainya.

Penggunaan Siaran Radio Komunis yang begitu popular zaman dahulu sudah tidak efektif lagi dan ia terlalu menyerlah. Gerakan PKM mestilah senyap dan berhasil. Apakah ahli-ahli parti politik pembangkang atau komponen BN sudah diresapi ideologi PKM?

Ini satu persoalan yang perlu dikaji dan disiasat.

Petikan di atas adalah pandangan daripada YB DATO' HAJI MOHD DAUD BIN MOHD YUSOFF Adun Selama Perak
pertemuan pada 29 Mei 2009 jam 4.00 ptg di pejabat beliau.