Jika dilihat tingkah laku Adun Dap di dalam Dewan Persidangan Perak pada 7 Mei 2009, rasanya sudah cukup bukti untuk Jawatan Kuasa Disiplin Dap bertindak ke atas ahlinya yang ternyata telah melanggar tatatertib di dalam dewan. Begitu juga Pas patut mengambil tindakan kepada Nizar yang dilihat sama naik dengan Adun Dap.
Jawatan Kuasa Disiplin Dap dan Pas hendaklah berani mengambil tindakan seperti mana yang Bn dan Umno lakukan. Lihat apa jadi dengan Sanator T. Murugiah. dipecat oleh Lembaga Disiplin Parti. Mesti ada salah yang dilakukannya.
Umno juga berani bertindak kepada perasuah dan pencetus politik wang 1993 lalu. Siapa tak kenal...semua orang tahu siapa dia. Hari ini dia telah melakukan agenda yang sama tetapi bukan dalam partinya sebaliknya parti yang bulatnya kosong.
Dap , Pkr dan Pas mesti berani untuk menjatuhkan hukuman tegas bukan sahaja kepada mereka di dalam dewan tetapi juga kepada yang berkeliaran diluar dewan pada 7 Mei. Ini kerana mereka telah mencemarkan nama baik parti.
Mahfuz Omar juga patut dikenakan tindakan disiplin kerana berkelentong dan berbohong dalam ucapannya dalam isu Nizar di Taman Maewar baru-baru ini. Pas mana boleh bohong dan kelentong, sebab itu satu dosa besar , apalagi Mat Sabu yang kuat maki hamun dan menghina orang lain, juga patut dipecat.
Pkr juga perlu menjatuhkan hukuman kepada Mak cik Ampang yang buat kecoh..di Ipoh, memalukan saja parti PKR yang baik dan telus .(Mak Cik Ampang tu dikatakan dalam perjalanan untuk ke pasar beli ikan geli dan ikan ruan, tetapi tersesat sampai ker Ipoh)...
Harapan taipingmali agar Badan Disiplin Parti Pakatan Rakyat menjatuhkan hukuman seperti kad Hijau, Kad Kuning dan Juga Kad Merah. Kepada Adun Ratu telanjan..pula .elok di sebat-sebat dengan bulu ayam...supaya dia lebih berbulu-bulu....
hua hua hua.....