Malam tadi saya melepak di sebuah warung di kawasan stesen keretapi Taiping. Dua orang dari Pas dan seorang Melayu Dap dan seorang Umno.
Seronok juga dengar cerita mereka.
Veteran Pas ini ceria dan seronok mengesahkan betapa meriahnya PRK dua bukit baru-baru ini.
cerita pertama ialah bagaimana Pas berjaya menahan sebuah bas yang membawa 60 orang pengundi hantu yang menggunkan satu alamat dikawasan Bukit Gantang. Adakah patut satu rumah boleh ada 60 orang pengundi, dan bas tu di hantar ke balai polis. semua tak boleh mengundi,tu dia padan muka....
(lawak kan,,,pengundi hantu ini tak perlu guna alamat Bukit Gantang. alamat KL pun boleh, dan kalau hantu macam mana boleh nampak. dan akhir sekali logik kah dalam sebuah bas boleh muat 60 orang.)
Cerita ke dua. Nizar selamatkan tanah kerajaan dari bagi kat cina Umno tak bising. yang diriuh Nizar bagi tanah 999 tahun kat kampung baru cina. Nasib baik ada Nizar kalau tidak tanah tu habis Umno bagi kat Cina. Tanah gerai mara dekat stesen bas Taiping tu,,,
( aku pun dok nganga meniya-iya kan saja lahh. Setahu aku tanah tu dulu memang ada 10 pintu gerai MARA. ada ura-ura nak dirobohkan untuk di buat baru, dan ia telah mendapat tentangan 10 peniaga di situ. Sama kes dengan gerai Mara 10 pintu di Jalan Stesen Kamunting dulu la..ok tak apa lah kalau Nizar dah selamatkan tanah tu kira bagus lah ada juga hati perut dia, tapi bagaimana pula kes tanah di Trong, yang telah diusahakan oleh Adun Bn untuk dijadikan kawasan pertanian untuk penduduk tempatan tiba-tiba ada tauke cina masuh tanam jambu..dan menunjukkan bukti bahawa kerajaan PR telah memberikan tanah kepadanya. Mengamuk lah orang melayu ,,tu sebab Nizar ditolak oleh pengundi melayu.)
Cerita ketiga, sewaktu kempen dan kejadian banjir kilat, Nizar sampai dulu dan dia lipat kaki seluar dan redah banjir untuk melawat dan bersalam dengan aci, ama apa , dari kaum Tamil. Bila Nizar masuk semua bekalan makanan di bawa sekali untuk membantu.. Bila Nizar keluar orang BN pula masuk, bila di gertak ada lintah semua orang BN lari balik tak berani redah banjir.
Baguslah tapi bab lintah tu bukan semua orang Bn takut, ramai orang Bn yang 10 kali lebih kahak dari Pas pun ada, bapak buaya pun tak takut, biaq pi lah dia nak bersembang.
Cerita keempat., semasa kempen kami semua tidoq sekali dengan wakil-wakil rakyat Pas dari pantai timur, sembang sampai pagi,makan cukup mewah, sehari dato tu belanja 10 hingga 11 ribu ringgit. duit berkenjah. semua bawa duit untuk dilaburkan di sini, heran mana mai duit banyak tu, malam lepas mengundi pun duit mewah, setiap orang yang buka bendera akan dapat duit. sorang singgah bagi duit, sat lagi singgah lagi kereta bagi duit. kenyang orang yang pasang bendera dan buka bendera.
( nak heran apa, duit Dap bagi, Singapor bagi, Amerika bagi janji BN mesti dijatuhkan)
banyak lagi sambung esok pula.