Isnin, 18 Mei 2009

INFO RINGKAS DARI TAIPINGMALI

  1. Semasa PRU 59, seorang pegawai kerajaan di sebuah institusi awam telah membaca doa perhimpunan pagi dan berdoa agar Pas menang di P59. Tak ramai sedar kerana ia menggunakan bahasa Arab sepenuhnya, hanya yang mahir bahasa Arab saja yang sedar akan kejadian tersebut. Pegawai tersebut secara sedar telah menyalahgunakan kedudukan dan menipu khalayak untuk mengaminkan doanya.
  2. Pas telah menghina kaum India Muslim di Malaysia dengan menghina YAB DS Dr Zamry sebagai Zamry 786. Mereka lupa bahawa 786 ada kaitan dengan Basmallah. (zikir 786 kali)
  3. Pas juga lupa bahawa peguam bela yang mewakili Nizar adalah dari keturunan India Muslim salah seorang ialah Hanifaa Maidin danSulaiman Abdulla.
  4. Bidak buah catur Anwar yang akan dikorbankan telah kembali dari Kem ISA. Anwar terkedu kerana gagal mengosongkan kerusinya.
  5. Anwar tercari-cari buah bidak catur untuk dikorbankan selepas Penanti.
  6. Anwar di jangka ke USA bulan depan, adakah dia akan melarikan diri terus dari perbicaraan kes liwat? Sama-sama kita tunggu..
  7. Anwar telah berjaya menyusun buah catur dalam parti Pas. Check Mate akan berlaku dalam Pas sidikit masa lagi.
  8. Dato Anifah Aman telah mendedahkan kegiatan Anwar untuk mencuri MP Barisan Nasional. Harap ramai lagi tampil ke hadapan dan memecahkan sifat tamak Anwar. Dia boleh melompatkan MP Barisan tetapi bila Krisis Perak dia menyalahkan BN...
  9. Dua hari lalu seorang pelajar undang-undang yang bercuti ingin menarik perhatian rakyat Malaysia dengan membuat lakonan solo diluar SUK. Baru berusia 19 tahun tetapi berlagak macam peguam kapal sink. dia telah plaster mulut sebagai protes, tetapi lawak dan lucu sebab dia usung bendera Perak. Sepatutnya dia usung bendera India atau gambar Gandhi...