Ahad, 17 Mei 2009

Mahkamah oh Mahkamah

Mahkamah di negara ini ada beberapa darjah atau hiraki.. Paling popular masa kini ialah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan mungkin selepas ini Mahkamah Persekutuan pula menjadi popular.

Isu pertikaian siapa Menteri besar Perak telah disebut di Mahkamah Tinggi dan keputusan telah memihak kepada Nizar, semua penyokong Nizar gembira dengan kemenangan tersebut. Dr. Zamry dengan tenang menerima keputusan walaupun kecewa kerana Mahkamah Tinggi telah menolak penangguhan keputusan sehingga rayuan dibuat ke Mahkamah Rayuan.

Isu membawa kes politik ke mahkamah telah berlaku  20 tahun lalu bila mahkamah telah membatalkan Umno. Ini adalah kerana tidak berpuas hati dalam pemilihan Presiden Parti yang dimenangi oleh Tun Mahathir, Tengku Razaleigh (geng 11)ialah orang yang bertanggungjawab membawa isu politik ke mahkamah. 

Umno baru yang telah didaftarkan semula telah mengubah perlembagaannya  untuk mengelak berulangnya kes 1988 dan tahun ini sekali lagi perlembagaan Umno bakal di ubah.

Isu Menteri Besar telah mengejutkan banyak pihak bila Nizar diisytiharkan sebagai MB yang sah oleh Hakim Mahkamah Tinggi. Dalam bahasa lain Mahkamah Tinggi lebih tinggi darjatnya daripada Sultan Perak. Bagaimana dengan perlantikan MB Zamry yang telah mengangkat sumpah di dalam istana? 

Maka dengan demikian Undang-undang tubuh negeri Perak hendaklah dinilai semula agar ia tidak boleh dicabar di Mahkamah Tinggi. Apa kata Sultan itu lah penamat atau pemutus. 

Dalam krisis kekebalan raja-raja yang telah dipersetujui oleh Dewan Rakyat juga diungkitkan kembali oleh pihak Nizar dgn menuduh UMNO terlebih dahulu menderhaka kepada Sultan. Itu sama sekali tidak betul, apa yang diputuskan oleh Dewan Parlimen ialah satu perkara akan menjadi undang-undang selepas 30 hari jika tidak silap saya. dan satu perkara lain ialah pihak istana tidak kebal jika mereka terlibat dengan perkara-perkara yang melanggar undang-undang dan boleh dibirakan dimahkamah. tetapi bukan mahkamah tinggi...satu mahkamah khas harus dibentuk khusus untuk sesuatu kes.

Paling lucu dalam krisis Nizar vs Zamry ialah puak-puak balik sana seronok dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tetapi menuduh bukan-bukan kepada Hakim Mahkamah Rayuan bilamana Zamry berjaya mendapat perintah penangguhan keputusan kes. Maka timbul ejekkan atau momokan HAKIM KOREK, KOREK.  Hakim telah dibeli dan pilihan VK Linggam..,

Sudahlah....jangan rendahkan mental macam tu...yg sokong kita itu baik yang tak sokong itu tak bagus,,,,makan rasuah dan sebagainya.

Taipingmali juga meneliti tentang pemilihan pucuk pimpinan Pas. 16 tahun lalu taipingmali bercakap kepada Pas ," hangpa toksah tok ek lah....satu hari nanti hanpa pun berebut jawatan macam Umno juga...dan beri memberi atau minta-minta akan menjadi agenda utama dalam pemilahn Pas, hari ini menjadi kenyataan.."