Isnin, 11 Mei 2009

NIZAR TAK JADI REBAH DI MAHKAMAH. (klik)

DS Nizar dijangkakan akan rebah di muka pintu Mahkamah Tinggi tidak kesampaian. Malah ia melompat lebih tinggi. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Ini adalah keputusan Hakim, ada hikmah di sebalik keputusan hakim ini walaupun belum muktamad. Pas dan Pakatan Rakyat mesti percaya keputusan mahkamah. Janganlah menolak dan tidak mempercayai keputusan mahkamah dan bila tidak memihak kepada mereka. Hari ini keputusan hakim memihak kepada mereka. apa pula komen Pakatan Rakyat terhadap mahkamah?

Tetapi harus diingat keputusan Hakim mahkamah Tinggi belum muktamad. Banyak kes-kes mahkamah sesyen dan mahkamah tinggi yang dirujuk kepada Mahkamah rayuan dan keputusan berubah sama sekali.

Dr Zamry masih boleh terus memjadi MB kerana beliau mendapat restu istana dan dewan DUN boleh memainkan peranan untuk mengekalkan BN untuk memerintah.

Yang pasti ramai bintang 3 akan bersorak dengan keputusan mahkamah tinggi itu. Jika mahkamah rayuan pula memberi keputusan berbeza apa pula kata Pas, Dap dan Pkr.?

p/s

MENGHAIRANKAN KENAPA PERMOHONAN UNTUK MENANGGUH KEPUTUSAN DITOLAK OLEH HAKIM? SELALUNYA MAHKAMAH AKAN MEMBERI KEBENARAN DALAM HAL INI.