Isnin, 11 Mei 2009

BERTENANG DAN JANGAN PANIK SITUASI DI PERAK

Dr Zamry dan BN Perak tidak perlu panik dengan keputusan hakim mahkamah tinggi. Tarik nafas panjang-panjang , berselawat dan sudah tentu akan timbul idea baru bagaimana mengatasi kemelut 2 MB hari ini. Nizar sah sebagai MB dan Zamry pun sah sebagai menteri besar kerana telah mengangkat sumpah dan di Istana. Nizar di isytiharkan oleh Mahkamah dan bukan Istana.

Siapa lebih besar, kuasa mahkamah tinggi di Kuala Lumpur atau kuasa Sultan Perak di Perak , bila membicarakan tentang undang-undang negeri Perak? fikirkan.

Taipingmali menyeru rakan-rakan dan semua rakyat Perak tidak panik dan tdak cemas, Apa yang berlaku hanya usikan kecil dari mahkamah tinggi. Kita perlu risau jika negara kita dikepung oleh musuh-musuh luar yang mengelilingi sempadan laut kita dari Selat Malaka, Laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Oleh itu bersatu lah Melayu dan hadapi musuh-musuh politik dari dalam dan luar dengan bijaksana.

Kita bangsa melayu hanya ada bumi bertuah ini sahaja yang bernama Malaysia, tidak ada negara lain. dan akhir kalam Pertahankan hak kita.