Isnin, 11 Mei 2009

JIKA NIZAR KEKAL MB SAMPAI PRU 13..

Tembelang Pakatan Rakyat akan pecah jika mereka mereka memerintah Perak semula, ini soal kecil iaitu tentang 16 buah kereta Camry.

Mereka tidak akan menggunakan kereta tersebut dan kesemuanya akan dilelong dengan harga bawah kos. Punca utama ialah semua kereta telah dirosakkan secara halus oleh mereka.

Ini sumber yang diperolehi dan kebenarannya masih belum dapat disahkan.

Orang khianat boleh melakukan apa saja sabotaj untuk menjahanamkan negara bangsa. Persetankan dengan wang rakyat.

Ia samalah seperti kisah tukang rumah yang ingin berhenti kerja setelah lebih 30 tahun menjadi pekerja. Akhir sekali majikan meminta dia menyiapkan sebuah rumah sebelum dia bersara sebagai syarat untuk meninggalkan kerjanya.

Dengan rasa marah dan geram kepada majikan yang memaksanya menyiapkan rumah tersebut maka dengan sikap cuai dan sambil lewa dia menyiapkan rumah dalam tempoh yang singkat dan menyerahkan rumah tersebut kepada majikannya,

Alangkah menyesalkan tukang rumah apabila majikannya menyerahkan kunci rumah tersebut kepadanya sebagai hadiah kerana berkhidmat dengan cemerlang selama lebih 30 tahun.

Apa nak dikatakan lagi...,menangis air mata darahpun rumah yang diterimanya adalah rumah yang tak berkualiti hasil kerja tak ikhlas tukang rumah tersebut.

Begitu jauga halnya dengan Nizar Tri-Stars dgn exconya ..malu nak ambil semula camry yang telah disabotaj. (jika benar lah) .