Selasa, 12 Mei 2009

NIZAR VS ZAMRY- Zamry menang sepakan penalti.

Semalam Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengejutkan dengan memberi kemenangan 2-0 kepada Nizar Tri-Star dengan mengisytharkan Nizar sebagai MB yang sah dan menolak permohonan penangguhan keputusan oleh Zamry. Hari ini keputusan sebaliknya. 

Zamry berjaya memperolehi kebenaran permohonan penangguhan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi semalam. 

Sepatutnya mahkamah tinggi berhak meluluskan permohonan penangguhan keputusan semalam juga samada bertulis atau lisan . 

Persoalan besar bermain di minda taipingmali. Kenapa jadi begitu? Walaubagaimanapun keputusan hakim mesti dihormati. 

DS Najib pun berkata keputusan semalam bukan penghujung kepada kes ini. Yes betul hari ini telah direalitikan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Maka DS Dr Zamry boleh meneruskan tugas Mb di pejabatnya walaupun ada ura-ura kumpulan yang menyokong Nizar tri-star ingin menceroh dan menduduki meja MB. Sabar lah. kes belum selesai lagi, Jangan melalak dan seronok hendak menggantung tugas penjawat awam dalam SUK. Salah tu dan tidak mengikut lunas undang-undang. Gelojoh betul lah Tri-star ni.

Berbalik kepada perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, ternyata masih lemah dan ada klausa-klausa yang perlu di perbaiki supaya tidak boleh dipertikaikan di mahkamah. Sama juga denga Perlembagaan Negara yang sudah kesian lama digunakan pakai perlu disemak semula supaya lebih padat dan tidak ada ruang-ruang yang boleh dibawa ke mahkamah. 

Dahulu tidak ada siapa yang berani mencabar undang-undang negeri dan perlembagaan tetapi hari ini sudah ada kes-kes yang melibatkan dua perkara tersebut dibawa ke mahkamah. 

Taipingmali yang mendokong kuat perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri rasa tercabar , dan lebih menyedihkan yang mencabar ialah bukan melayu. Apa agenda disebalik semua hal ini.

Dahulu taipingmali hairan kenapa sebuah negara penjajah dunia iaitu Britain tidak mempunyai perlembagaan bertulis.  Hari ini baru faham sebabnya. segala undang-undang bersabit perlembagaan yang dibahaskan di dewan rakyat tertakluk kepada bidang kuasa Istana Buckingham. Queen Elizabeth lebih berkuasa dari dewan rakyat untuk memberi kata pemutus. dan kes bersabit perlembagaan tidak akan dilayan di mahkamah.

Berbalik kepada kes Perak pula Peranan Sultan sepatutnya tidak boleh di bawa ke mahkamah jika nizar setia dan hormat kepada perintah Sultan.  Walaupun Nizar menang semalam di Mahkamah Tinggi , mampukan dia mengadap Sultan untuk membubarkan DUN. Apa bahasa yang akan digunakan nanti. Berani penderhaka bernama Nizar Tri-Star mengadap Sultan Azlan Shah?