Sabtu, 23 Mei 2009

TAMIL MALAYSIA DAN TAMIL LTTE SRI LANKA

LTTE merupakan gerakan pejuang Tamil yang bertujuan untuk mendapatkan sebuah negeri pemerintahan sendiri di Utara Sri Lanka.

Kumpulan pengganas ini juga anti agama-agama lain di Sri Lanka seperti Islam dan Budha. Banyak serangan dan pembunuhan terhadap penganut Budha dan Islam. Lebih kejam lagi ialah usaha mereka dalam menghapuskan bangsa lain seperti etnik Sinhalese dan Muslim.

Beribu-ribu ekar tanah ladang milik Islam Sri Lanka telah dirampas dan diberi kepada ahli-ahli LTTE. Penduduk asal dibunuh dan diusir dengan ganas dan kejam.

Untuk menambah sumber kewangan LTTE melibatkan diri dalam kegiatan lanun laut dan kapal dagang Malaysia juga pernah menjadi mangsa kepada LTTE. Mereka juga terlibat dalam perdagangan haram senjata api, seperti senapang, bom dan pelbagai bentuk bahan letupan.

Cukup ganas, cukup zalim dan cukup kejam, Kematian ketua LTTE yang juga merupakan pengasas kumpulan pengganas ini melegakan banyak pihak. Diharap perperangan 26 tahun sejak penubuhan LLTE dari 5 Mei 1976 akan tamat.

Taipingmali ingin berpesan kepada DS Sammy Vellu janganlah mensensasi kan isu LTTE dengan Tamil Malaysia. Jadikan Tamil Malaysia bebas dari pengaruh dan fahaman LTTE. Anda juga patut tahu kumpulan inilah yang telah membunuh Rajiv Gandhi pada tahun 1991. sebelum itu 1990 LTTE juga melancarkan kempen ANTI-ISLAM.


Tv internet (tamil.net) ini pula merupakan satu media propaganda untuk meraih sokongan dunia, dan menyembunyikan kegananan LTTE