Isnin, 22 Jun 2009
25 Tahun TV 3
25 tahun sudah pun berlalu. Pada 1984 bermulalah satu era baru dalam bidang penyiaran di Malaysia. Kehadiran TV 3 mendatang pro dan kontra dalam masyarakat Malysia ketika itu.
TV 3 telah memulakan langkah dengan sebutan Bahasa Malayu Baku , tetapi hari ini ia sudah menjadi satu sejarah. Wan Zaleha Radzi, Habibah, Mahadzir Lokman menjadi ikon ketika itu.
Hari ini dalam tv di tunjukkan ulang tahun ke 25 dan ramailah artis menunjukkan muka di skrin tv yang mengucapkan tahniah kerana tanpa tv3 , siapa lah mereka, tv 3 juga yang menaikkan nama mereka di persada seni. Ya, betul dan tahniah tv 3 kerana telah banyak berjasa kepada negara.
Tetapi jangan kita lupa pula tanpa Umno yang berusia 63 tahun dan tanpa kemerdekaan Malaysia tak akan ada segala kemudahan dan kemewahan yang kita nikmati hari ini.
Taipingmali selalu berulang alik menggunakan PLUS ataupun lain-lain jalan perskutuan TM amat bersyukur kerana jalan di negara kita tidak seteruk negara-negara jiran. PLUS juga merupakan salah sebuah lebuhraya terbaik dunia.
lain-lain kemudahan terlalu banyak u untuk dibicarakan, Lihatlah disekeliling, apa yang ada adalah usaha kita untuk memajukan negara. Semua rakyat telah terlibat dalam merencanakan pembangunan negara. Terima kasih Malaysia.
KERANAMU MALAYSIA , KU MASIH DI SINI.